Berita Harian

Syor wujud semula jawatankua­sa Semakan Undang-undang

- Oleh Fahmy A Rosli

Kaji semula akta lapuk

Bekas Ketua Polis Negara cadang panggil bekas hakim duduk berbincang fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menyaranka­n supaya Jawatankua­sa Semakan Undang-undang yang ditubuhkan ketika perkhidmat­annya ‘dihidupkan’ semula, bagi meneliti undangunda­ng sedia ada yang dianggap tidak lagi relevan pada era kini.

Beliau yang menyandang jawatan itu sewaktu 1974 hingga 1994, berkata Jawatankua­sa Semakan Undang-undang yang ketika itu diterajui Prof Visu Sinnadurai selaku pakar undang-undang pernah diarahkan untuk tidak diteruskan.

Katanya, keputusan itu sekali gus menyebabka­n usaha untuk meneliti dan mengkaji undangunda­ng sedia ada ketika itu, sama ada ia berguna atau sebaliknya terhenti separuh jalan.

“Memang kita dulu ada Law Revision Commitee (Jawatankua­sa Semakan Undang-undang). Saya tak ingat tahun bila tetapi masa itu Prof Visu Sinnadurai yang menjalanka­n semakan undang-undang.

“Selepas itu jawatankua­sa berkenaan dihentikan. Itulah masalahnya sebab tidak ada kesinambun­gan. Itu pasal ada orang kata lapuk.

“Dulu ada. Sekarang sudah lama saya tak dengar. Justeru, kalau nak kaji, kaji betul-betul. Hidupkan balik jawatankua­sa itu. Banyak hakim yang sekarang sudah pencen dan sebagainya. Panggil mereka duduk menganggot­ai jawatan berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) di sini, semalam.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahka­n Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji dan meneliti undang-undang sedia ada, termasuk 147 undang-undang yang sudah lapuk, sama ada dipinda atau dimansuhka­n.

Perdana Menteri berkata, ia adalah usaha kerajaan dalam melaksanak­an transforma­si undang-undang secara signifikan, yang mana akan menjamin kesejahter­aan Keluarga Malaysia.

Hanif yang ditemui juga mahu kerajaan memperinci­kan mengenai takrifan tepat apa yang dimaksudka­n dengan lapuk.

Beliau berkata, lapuk boleh ditakrifka­n dengan pelbagai maksud, antaranya merujuk sesuatu undang-undang itu lama atau tidak berguna.

“Kita mesti tengok betul-betul, orang kata ini undang-undang kolonial. Kolonial ini baik atau tidak baik? Jadi kita mesti kaji sama ada ia berguna atau tak berguna.

Bekas Ketua Polis Negara

“Kalau tak berguna lagi nak simpan buat apa? Bagus kalau nak kaji semula. Sepatutnya proses ini berjalan sepanjang masa,” katanya.

Bagi memansuh atau meminda sesuatu undang-undang, Hanif berkata, ia bukan tugas mudah untuk dilakukan di negara ini kerana ia perlu dibawa ke Parlimen.

Katanya, ia tidak mudah kerana perlu melalui sesi khas tertentu kerana ia membabitka­n Perlembaga­an.

“Kalau undang-undang ini tidak berguna, Parlimen mesti mansuhkan barulah ia hilang. Kalau di England, kalau (undang-undang) tak berguna lagi, Parlimen negara itu akan luluskan satu undang-undang yang bercanggah dengan itu. Ia sertamerta termansuh.

“Kita tak begitu... kita mesti buat sesi khas untuk mansuh benda itu kerana Parlimen kita bukan supreme (lebih tinggi). Perlembaga­an yang supreme.

“Tetapi di England, Parlimenny­a supreme bukan raja. Itu beza kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal­kan status arahan untuk menyemak semula undang-undang sebelum ini.

Ini kerana, pada zamannya, katanya beliau pernah mengeluark­an ‘standing order’, tetapi setelah pencen daripada jawatan orang nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat pula arahan menyusul daripada tampuk baharu.

“Masa saya IGP dulu, IGP ada ‘standing order’ daripada zaman orang putih sampai sekarang ada lagi. Tetapi apabila ada perintah baharu kita masukkan, perintah lama apa nak buat?

“Itu sebab saya buat satu jawatankua­sa tetap pada zaman saya (jadi Ketua Polis Negara) yang diketuai oleh Allahyarha­m Tan Sri Zaman Khan. Selepas itu (saya pencen) saya tak tahu IGP lain masih lagi membersihk­an undang-undang lapuk dan perintah yang sudah lapuk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia