Berita Harian

PDRM mahu akta rumah perjudian dipinda segera

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dipinda segera berikutan sudah terlalu lapuk dan digubal sebelum negara mencapai kemerdekaa­n.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata undang-undang berkaitan perjudian itu digubal ketika aktiviti berkenaan dilakukan secara konvension­al pada masa itu.

Menyokong arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya undang-undang lapuk dikaji semula, dipinda atau digubal baharu sesuai dengan keadaan dan trend jenayah semasa khususnya dalam era teknologi digital pada masa ini, beliau berkata, langkah itu akan banyak membantu polis.

“PDRM mengalu-alukan arahan itu kerana ia dapat memastikan kaedah yang paling berkesan dalam membendung jenayah. Salah satu undang-undang yang memerlukan transforma­si dan pindaan segera ialah Akta Rumah

Judi Terbuka 1953.

“Ini kerana undang-undang ini digubal sebelum negara mencapai kemerdekaa­n di mana perjudian dilakukan secara konvension­al pada masa itu. Namun, pada zaman serba digital

Ketua Polis Negara ini perjudian dijalankan secara dalam talian atau online,” katanya kepada BH, semalam.

Katanya, memandangk­an aktiviti perjudian dijalankan dalam talian, adalah sukar bagi polis mengemukak­an bukti kukuh dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggun­gjawab atas kesalahan itu.

“Justeru, PDRM menyokong sepenuhnya aspirasi kerajaan dalam mengkaji semula undangunda­ng lapuk yang dilihat tidak relevan. Kekurangan dan kelemahan dalam undang-undang ini dapat ditambah baik untuk disesuaika­n dengan perkembang­an dan senario masa kini,” katanya.

Jumaat lalu, Ismail Sabri memaklumka­n bahawa Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, akan mengkaji semula undang-undang lapuk dan penambahba­ikan diperlukan untuk kekal relevan dengan situasi terkini dan kemajuan teknologi.

Ketua Polis Pulau Pinang

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia