Berita Harian

‘Peniaga digesa perjelas isu caj potong ayam’

-

Kuala Lumpur: Margin untung yang sangat rendah memaksa sesetengah peniaga ayam mengenakan ‘caj potong’ antara 60 sen hingga RM1, namun ia dianggap membebanka­n pengguna di sebalik kenaikan kos sara hidup.

Pengerusi Biro Keusahawan­an dan Sosioekono­mi, Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Mohd Afiq Salim, berkata peniaga perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai caj tambahan itu supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan pembeli.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin disebabkan margin untung yang terlalu kecil ada kalanya merugikan mereka susulan penetapan harga siling ayam RM8.90 untuk sekilogram.

Katanya, tidak dinafikan tindakan itu membebanka­n pengguna, namun ayam kini menjadi pilihan utama susulan kenaikan melampau harga ikan sejak kebelakang­an ini.

“Peniaga perlu jelaskan kepada pengguna punca caj potong ayam terpaksa dikenakan supaya tidak timbul salah faham.

“Keadaan ini hanya berlaku sejak kebelakang­an ini kerana peniaga terdesak untuk cover harga ayam mentah yang diambil dari ladang yang sudah melebihi harga siling atau rendah beberapa sen daripada harga ditetapkan kerajaan.

“Pengguna juga harus lebih bijak memilih dan mengelak membeli ayam daripada peniaga yang mengenakan caj potong melampau,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Afiq berkata, kemelut isu itu sudah berlanjuta­n sejak beberapa bulan lalu dan dibimbangi ada peniaga yang sengaja meletakkan caj tidak munasabah jika tidak dikawal kerajaan.

“Polemik harga ayam perlu ditangani dengan seluruh rantaian pembekalan dan penjualan dipanggil Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mencari penyelesai­an jangka pendek dan panjang.

“Kini semua pihak menuding jari antara satu sama lain, namun yang tersepit pengguna kerana tiada pilihan lain untuk mendapatka­n bekalan bahan mentah itu.

“Penternak dan pemain utama industri pembekalan ayam perlu dipanggil supaya penjelasan lanjut diberikan kerana akhirnya pembeli serta pengguna tidak tersepit,” katanya.

Sejak kebelakang­an ini, ada di antara peniaga ayam yang mengenakan caj potong untuk ayam antara 60 sen hingga RM1 untuk seekor ayam.

Keadaan itu dikatakan berpunca daripada harga siling ayam yang dikatakan terlalu rendah untuk peniaga kerana kos ayam mentah yang diterima daripada

Pengerusi Biro Keusahawan­an dan Sosioekono­mi PPMM penternak juga tinggi.

Peniaga mendakwa, hanya memperoleh 50 sen bagi seekor ayam yang dikatakan tidak mampu menampung kos jualan dan pekerja.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini dilaporkan berkata, kementeria­nnya akan memantau aduan mengenai caj tambahan upah memotong ayam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia