Berita Harian

Hasrat hantar ibu tunai umrah tidak kesampaian

- Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Remaja lelaki, rakan maut motosikal bertembung kereta bhnews@bh.com.my

Hulu Selangor: Hasrat seorang remaja lelaki untuk menghantar ibu ke Tanah Suci menunaikan umrah tidak kesampaian apabila dia maut dalam nahas mengorbank­an dua nyawa di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-ipoh, dekat Taman Keliang, Kalumpang, di sini.

Dalam kejadian pada jam 7.48 pagi kelmarin, Mohamad Hazeem Haiqal Shuhaimi bersama seorang rakan, kedua-duanya berusia 18 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Kerling ke Proton City, Tanjung Malim apabila motosikal Yamaha Y15 dinaiki mereka bertembung sebuah kereta Volvo dipandu lelaki berusia 29 tahun.

Keluarga pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) FELDA Trolak itu adalah penerima bantuan zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan mangsa turut menerima Bantuan Derma Siswa LZS.

Menerusi perkongsia­n di Facebook rasmi, LSZ yang menzahirka­n rasa simpati atas kejadian berkenaan, menyifatka­n pemergian Allahyarha­m memberi kesan kepada semua yang mengenalin­ya termasuk di agensi berkenaan.

“Arwah bukan daripada keluarga yang senang, selalu menggunaka­n ruang yang ada untuk mencari duit dan tekad demi membantu keluarga. Bagaimanap­un, hajat untuk membawa ibunya menunaikan umrah tidak kesampaian,” menurut perkongsia­n berkenaan.

Menurut LZS, dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan Khamis lalu, Allahyarha­m berjaya meraih A+ untuk beberapa subjek kegemarann­ya.

“Guru memaklumka­n betapa sukarnya arwah ingin belajar sehingga terpaksa ke kedai mamak semata-mata untuk mendapatka­n internet yang laju dan percuma.

“Arwah sangat disenangi guru dan rakan di sekolah, selain aktif dalam Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani (BADAR MRSM FELDA Trolak). Allahyarha­m juga menyatakan hasrat ingin menjadi seorang pendakwah suatu hari nanti,” menurut hantaran itu lagi.

Kelmarin, media melaporkan kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu lelaki 29 tahun dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur itu bertembung motosikal dinaiki dua remaja yang dipercayai masuk ke laluan bertentang­an.

Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohamad Hazeem Haiqal Shuhaimi

Bukit Kayu Hitam: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di sempadan negara Malaysiath­ailand di sini, kelmarin.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan, berkata semua PATI itu ditahan pada jam 5.45 pagi ketika merentasi sempadan di kawasan ladang getah yang dalam Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungja­wab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Pasukan Serang dan Tangkap (SERKAP) yang ditempatka­n di kawasan pagar sempadan Malaysia–thailand mengesan kelibat sekumpulan orang awam yang sedang bersembuny­i berhampira­n laluan jalan tidak berturap dalam kebun getah.

“Anggota bertugas seterusnya bertindak menjejaki dan menahan semua orang awam terbabit seramai 47 orang. Hasil pemeriksaa­n mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Pemeriksaa­n lanjut juga mendapati PATI terbabit masuk melalui pagar sempadan yang dirosakkan,” katanya.

Menurut kenyataan, warga Myanmar itu berusia antara 15 hingga 49 tahun, terdiri daripada 40 lelaki dan tujuh perempuan.

Turut dirampas 34 telefon bimbit dan wang tunai Thailand, Myanmar dan China dengan anggaran nilai keseluruha­n RM27,608.

Kes pukul, ugut bunuh babit pelakon

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia