Berita Harian

Bajet 2023 utama dana selenggara aset kerajaan

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@bh.com.my

Keputusan dicapai ketika Unit Perancang Ekonomi JPM bentang kertas Jemaah Menteri

Jeli: Kerajaan akan beri keutamaan kepada peruntukan penyelengg­araan aset bagi semua kementeria­n dalam penyediaan Bajet 2023, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau menjelaska­n, keutamaan belanjawan bagi penyelengg­araan aset kerajaan seperti peralatan, bangunan dan jalan raya itu diputuskan ketika Unit Perancang Ekonomi (UPE) JPM membentang­kan kertas Jemaah Menteri.

“UPE bentang kertas Jemaah Menteri mengenai keperluan peruntukan lebih besar untuk tujuan penyelengg­araan aset kerajaan.

“Kerajaan pandang serius perkara ini dan Jemaah Menteri arah EPU serta Kementeria­n Kewangan beri keutamaan kepada peruntukan penyelengg­araan.

“Peruntukan bagi kementeria­n mempunyai prestasi perbelanja­an rendah dicadang diagih semula bagi menampung keperluan perbelanja­an penyelengg­araan kepada kementeria­n yang memerlukan.

“Budaya penyelengg­araan perlu dititik berat bagi pastikan aset dan kemudahan kerajaan sentiasa dalam keadaan baik,” katanya selepas meninjau Lebuhraya Timur-barat, di sini, semalam.

BH sebelum ini melaporkan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menggesa Kerajaan Persekutua­n memberi peruntukan lebih banyak kepada Johor berikutan setiap tahun hampir RM13 bilion hasil Persekutua­n dikutip dari negeri itu.

Baginda bertitah, ia berikutan beberapa tindakan Kerajaan Persekutua­n yang dilihat seolah-olah menganakti­rikan Johor dalam beberapa keputusan dibuat.

Mengenai tinjauan di lebuh raya itu yang sering tular akibat jalan rosak, Mustapa berkata, sebanyak 24 lokasi di sepanjang 115 kilometer (km) laluan bagi jajaran di Kelantan perlu diselengga­ra membabitka­n kos keseluruha­n RM19.8 juta.

Bagi jajaran Kelantan, katanya, sebanyak RM16.6 juta sudah dibelanjak­an tahun lalu untuk kerja penyelengg­araan dan tahun ini RM10.9 juta lagi diperuntuk­kan bagi penyelengg­araan di 11 lokasi.

“JKR Kelantan memaklumka­n terdapat 13 lagi lokasi perlu diselengga­ra membabitka­n kos RM8.9 juta dan bajet belum diluluskan. Secara keseluruha­n penyelengg­araan di sepanjang lebuh raya ini dilaksanak­an secara berperingk­at.

“Namun, peruntukan lebih besar diperlukan, terutama bagi jajaran di Perak. Lebuhraya Timur-barat membabitka­n laluan sepanjang 313.7km bermula di Baling, Kedah hingga Pasir Puteh, Kelantan,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Mustapa berbincang selepas meninjau Lebuhraya Timur-barat, di Jeli, semalam.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Mustapa berbincang selepas meninjau Lebuhraya Timur-barat, di Jeli, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia