Berita Harian

Penjara baharu di Kelantan dijangka siap 2027

-

Kota Bharu: Penjara baharu yang mampu memuatkan seramai 3,000 penghuni bakal dibina di Kelantan dengan pembinaann­ya dijangka siap pada 2027.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Datuk Mohd Sayuthi Bakar, berkata mengikut perancanga­n lokasi yang dipilih adalah di Ketereh, selain bakal menjadi penjara terbesar dan moden di negeri itu.

Katanya, proses untuk menyelesai­kan isu tanah sedang dilakukan sebelum pembinaan dilaksanak­an hujung tahun hadapan dan dijangka mengambil tempoh selama beberapa tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

“Pelaksanaa­n cadangan itu selaras dengan keperluan pemulihan banduan dan pengkatego­rian penjara, di samping mengurangk­an kesesakan sedia ada di penjara Zon Timur.

“Oleh itu, pertambaha­n anggota dan kakitangan di Jabatan Penjara Malaysia juga akan dilakukan bagi menampung keperluan petugas di lokasi baharu untuk memastikan pengurusan penjara sentiasa terkawal.

“Selain Kelantan, beberapa negeri lain turut menerima pembanguna­n sama dalam pembinaan penjara baharu, termasuk di Lahad Datu, Sabah yang bakal siap tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2021 Peringkat Zon Timur di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), Abd Kadir Rais dan Pengarah Pengurusan Banduan, Ajidin Salleh.

Mohd Sayuthi berkata, pembinaan penjara baharu untuk memberi fasiliti lebih baik kepada kedua-dua pihak tidak kira untuk anggota atau pegawai bertugas mahupun banduan.

“Tambahan pula, umum mengetahui banyak penjara di negara ini yang sudah lama dan perlu penambahba­ikan. Kerajaan sentiasa menaruh kepercayaa­n tinggi kepada Jabatan Penjara Malaysia dalam memberikan khidmat bakti mengawal serta memulihkan penghuni,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia