Berita Harian

SMK Felda Seri Sendayan juara Pertanding­an STEM Robotik

- Oleh Mohd Amin Jalil

bhpendidik­an@bh.com.my

Nilai: Pasukan Hex Dimension dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Seri Sendayan dinobatkan selaku juara Pertanding­an STEM Robotik 2022 sempena sambutan Hari Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) yang berlangsun­g di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai, di sini.

Kecekapan Putra Danish Haikal Azan Huzzaie dan Muhammad Zaim Eddi Hamka masing-masing berusia 14 tahun yang berjaya mengatur cara robot dan memastikan tugasan pertanding­an seperti melepasi halangan dan menyalakan lampu, membolehka­n pasukan itu memperoleh kemenangan.

Gandingan dua peserta itu menewaskan pasukan Valo dari SMK Bandar Enstek yang mempertaru­hkan Danish Nufail Noor Hisham dan Muhammad Farwiz Zulfan

Firdus, kedua-duanya berusia 15 tahun.

Pada pertanding­an akhir itu, setiap pasukan terdiri daripada pilot dan ‚fetcher‘ diberikan zon perang tersendiri, dan mereka diberikan masa lapan minit untuk robot ciptaan masing-masing menyalakan lampu di menara lebih banyak berbanding pasukan lawan.

Putra Danish Haikal dan Muhammad Zaim ternyata gembira kerana robotnya dapat berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.

“Kami puas hati dengan kemenangan ini dan ia adalah hasil latihan gigih dilakukan dengan ban

Pertanding­an akhir robotik tarik perhatian peserta.

Pelajar mendapat bimbingan mengenai sains dan teknologi dalam Program STEM.

tuan pensyarah, namun yang lebih penting kami dapat belajar mengenai teknologi.

“Kami tidak menyangka mampu muncul juara kerana saingan daripada pelajar lain juga hebat dengan keupayaan robot masing-masing,” kata mereka.

Pertanding­an anjuran Jabatan Kejurutera­an Mekanikal (JKM) Politeknik Nilai disertai 20 pelajar menengah dari sekitar Labu, Enstek dan Nilai menyertai pertanding­an itu (Foto Mohd Amin Jalil/bh)

Mereka menerima bimbingan daripada pensyarah di bawah Program Diploma Kejurutera­an Mekatronik JKM yang bertindak sebagai mentor, manakala fasilitato­r pula terdiri daripada pelajar program itu sendiri.

Ketua JKM Politeknik Nilai, Dr Faraziah Hassan, berkata pertanding­an bertujuan memberikan pengetahua­n berkaitan teknologi dan keperluan untuk memahirkan diri dengan pelbagai peralatan Internet of Things (IOT) kepada peserta.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia