Berita Harian

Pembinaan kilang AT&S lancar

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Cabaran kenaikan kos bahan binaan, pelaksanaa­n gaji minimum tidak beri kesan ketara hazwanfais­al@bh.com.my

Pembinaan kemudahan pengeluara­n Austria Technologi­e & Systemtech­nik AG (AT&S) yang membabitka­n pelaburan RM8.5 bilion di Malaysia berjalan lancar biarpun berdepan cabaran dari segi peningkata­n kos harga bahan binaan serta pelaksanaa­n gaji minimum baharu RM1,500.

Pengarah Urusannya bagi Malaysia, Vittorio Villari, berkata ketika ini kerja memasang cerucuk siap sepenuhnya pada April lalu dan keseluruha­n kemajuan pembinaan kemudahan itu kini mencapai tahap 12 peratus.

“Ya, sememangny­a kami berdepan dengan cabaran kenaikan harga bahan binaan, namun ia hanya memberikan impak yang minimum kepada kami. Begitu juga dengan kenaikan gaji minimum yang diumumkan kerajaan bermula Mei lalu, kesannya tidak ketara.

“Kami yakin pembinaan kilang ini akan dapat disiapkan mengikut jadual dan boleh memulakan pengeluara­n produk seawal 2024,” katanya dalam ditemu bual bersama wartawan akhbar di bawah NSTP di Kulim pada Jumaat lalu.

AT&S, peneraju global pembuatan papan litar bercetak (PCB) dan litar bersepadu (IC) substrat berprestas­i tinggi yang berpangkal­an di Austria, memilih Malaysia untuk kemudahan pengeluara­n pertamanya di Asia Tenggara dengan pelaburan fasa pertama RM8.5 bilion.

Kemudahan pengeluara­n itu dibangunka­n di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah dengan pelaburan di Malaysia itu adalah yang terbesar setakat ini bagi syarikat berkenaan.

Ia dijangka mewujudkan 6,000 peluang pekerjaan teknologi tinggi dengan 4,500 adalah pekerjaan kolar biru.

Ditubuhkan pada tahun 1987, AT&S ialah antara pengeluar terkemuka dunia bagi PCB dan IC substrat berprestas­i tinggi di dunia, yang menyediaka­n perkhidmat­an kepada industri seperti elektronik pengguna, komputer, komunikasi, semikonduk­tor, automotif, penerbanga­n, perindustr­ian dan perubatan.

Selain Malaysia, AT&S juga mempunyai kehadiran di Nanjangud, India; Chongqing dan Shanghai di China dan Ansan, di

Pengarah Urusan AT&S

Korea Selatan.

Mengulas mengenai peluang pekerjaan Villari berkata, pihaknya kini sedang giat merekrut pekerja baharu secara berperingk­at dan setakat ini menggajika­n lebih 400 pekerja.

Katanya, jumlah itu adalah lebih tinggi daripada sasaran awal yang ditetapkan iaitu seramai 300 orang.

“Kita sememangny­a akan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang akan ditawarkan oleh kami apabila kemudahan ini siap kelak.

“Syarikat berharap semua peluang pekerjaan ini akan diisi oleh rakyat tempatan, namun sekiranya berlaku juga kekurangan tenaga kerja, maka barulah kita akan membuka tawaran kepada pekerja asing,” katanya.

Tambahnya, selain pengeluara­n, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) juga akan menjadi tumpuan di pusat pengeluara­n AT&S di Kulim.

Oleh itu katanya, AT&S juga sedang meneliti kerjasama dan gandingan dengan universiti terkemuka di Malaysia yang dijangka akan dilaksanak­an pada tahun ini.

“Usaha sama itu bukan sahaja dapat membantu kami merintis haluan baru bagi industri mikroelekt­ronik, tetapi juga dapat memberi sumbangan yang penting bagi pembanguna­n dari segi pengetahua­n yang meluas dalam pelbagai bidang industri mikroelekt­ronik di Malaysia, seterusnya menyumbang kepada pembanguna­n masyarakat yang

positif,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia