Berita Harian

Kelembapan ekonomi EU beri kesan eksport ASEAN

-

Kelembapan yang ketara dalam pertumbuha­n ekonomi Kesatuan Eropah (EU) menjadi risiko utama kepada eksport ASEAN dalam persekitar­an kepentinga­n blok ekonomi itu sebagai pasaran eksport utama untuk kebanyakan negara-negara Asia Tenggara, menurut S&P Global Market Intelligen­ce.

Ketua Ahli Ekonomi bagi Asia Pasifik, Rajiv Biswas, berkata ‘risiko yang lebih besar’ untuk rantau ASEAN adalah daripada kejutan makroekono­mi terhadap ekonomi utama di EU akibat perang Russia-ukraine, terutama melalui harga tenaga yang lebih tinggi dan potensi gangguan bekalan minyak dan gas Russia kepada EU.

Beliau berkata, eksport langsung Malaysia ke Russia adalah sangat kecil, menyumbang kira-kira 0.3 peratus daripada jumlah eksport barangan Malaysia.

“Risiko yang lebih ketara ialah daripada kejutan ekonomi negatif iaitu perang Russia-ukraine terhadap ekonomi Eropah Barat berikutan EU menyumbang 8.4 peratus daripada eksport barangan Malaysia,” katanya dalam ‘Week Ahead Economic Preview’ S&P Global Market Intelligen­ce.

Beliau berkata, eksport pembuatan Malaysia menunjukka­n pertumbuha­n yang kukuh pada awal 2022, dengan pertumbuha­n 17.8 peratus tahun ke tahun untuk empat bulan pertama tahun ini, dibantu oleh peningkata­n eksport produk elektrik dan elektronik, produk petroleum dan produk kimia.

Sebagai pengekspor­t utama komoditi, Rajiv berkata, Malaysia turut mendapat manfaat daripada harga minyak dan gas dunia serta minyak sawit yang tinggi.

Eksport barangan perlombong­an Malaysia meningkat sebanyak 60 peratus tahun ke tahun dalam tempoh empat bulan pertama 2022, dibantu oleh peningkata­n nilai eksport untuk gas asli cecair dan produk petroleum.

Minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit menyumbang 7.8 peratus daripada eksport barangan Malaysia dari segi nilai pada 2021.

Disokong oleh harga minyak sawit yang meningkat, eksport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit Malaysia naik sebanyak 70 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2022. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia