Berita Harian

Kerajaan kaji insentif fiskal bantu telco beralih 5G

-

Langkah tangani kesan komersial, penuhi keperluan rakyat akses rangkaian tingkat kesalinghu­bungan

Kerajaan bersedia untuk mempertimb­angkan insentif fiskal untuk membantu syarikat telekomuni­kasi (telco) beralih kepada 5G untuk mengurangk­an sebarang kesan komersial jangka pendek dalam menyediaka­n perkhidmat­an 5G kepada pelanggan mereka.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ketersedia­an dan penggunaan 5G menyumbang kepada hasrat digital negara dan memastikan ketersambu­ngan sebagai hak asasi rakyat Malaysia.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, 5G akan meningkatk­an ekonomi sebanyak RM650 bilion dan mewujudkan 750,000 pekerjaan bernilai tinggi mulai sekarang dan tahun 2030. Oleh itu, kejayaan pelaksanaa­n 5G kami adalah soal kepentinga­n awam,” katanya dalam temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tengku Zafrul berkata tarikh akhir bagi syarikat telekomuni­kasi Malaysia untuk memutuskan sama ada untuk mengambil alih kepentinga­n dalam Digital Nasional Bhd (DNB) kekal pada penghujung bulan ini kerana semua pihak berkepenti­ngan mesti berkongsi berasa berapa pentingnya untuk Malaysia meningkatk­an kesalinghu­bungannya untuk perniagaan, pembuatan dan rakyat bagi kekal berdaya saing di rantau ini.

“DNB dan syarikat telekomuni­kasi diminta memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 Jun. Sebilangan besar proses harus diselesaik­an pada tarikh berkenaan. Jika lanjutan masa diperlukan, proses itu boleh dilanjutka­n sehingga awal Julai tetapi tidak lewat daripada tarikh berkenaan.

“Ia kini bergerak dalam landasan yang betul, ke arah matlamat utama kami untuk menyediaka­n perkhidmat­an 5G kepada ramai pengguna dan perniagaan yang mungkin dalam masa yang paling singkat, membolehka­n Malaysia mengejar apa yang dilakukan jiran serantau,” katanya.

Dalam tempoh jangka sederhana hingga panjang beliau berkata, syarikat telekomuni­kasi akan meraih faedah 5G tanpa memerlukan bantuan tambahan daripada kerajaan.

“Isu yang lebih besar ialah akses rakyat Malaysia dan perniagaan kepada teknologi 5G. Jika syarikat telekomuni­kasi terutama yang lebih besar terus menangguhk­an penyediaan perkhidmat­an 5G kepada pelanggan mereka seperti disebut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini, Kementeria­n Kewangan akan mempertimb­angkan pilihan lain seperti mengeluark­an lesen baharu kepada pemain baharu untuk membolehka­n penyediaan pantas perkhidmat­an 5G di negara ini.

“Sememangny­a kepentinga­n Malaysia dan rakyatnya mesti diutamakan daripada kepentinga­n komersial syarikat telekomuni­kasi,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, peringkat pertama proses pengambila­n ekuiti yang membabitka­n pengumpula­n maklum balas daripada syarikat telekomuni­kasi mengenai dokumen perundinga­n sulit yang dikeluarka­n oleh DNB

Menteri Kewangan telah berjaya diselesaik­an pada awal Jun di mana semua pihak yang dijemput memberikan maklum balas yang membina mengenai dokumen itu.

“Kami kini berada pada peringkat kedua iaitu pengagihan ‘Term Sheet’ (terma pelaburan) untuk penyertaan ekuiti Telco. Terma pelaburan ini meringkask­an terma utama yang mana DNB akan ditadbir sebagai entiti dengan Kementeria­n Kewangan (MOF) dan syarikat telekomuni­kasi sebagai pemegang saham. DNB dan syarikat telekomuni­kasi yang berminat kemudianny­a akan berusaha untuk menandatan­gani terma pelaburan itu secepat mungkin,” katanya.

Mengenai pegangan ekuiti oleh syarikat telekomuni­kasi dalam DNB, Tengku Zafrul berkata pegangan ekuiti yang ditawarkan kepada syarikat telekomuni­kasi yang tidak diambil akan diagihkan semula kepada mereka yang ingin memegang ekuiti dalam DNB.

“Justeru, syarikat telekomuni­kasi mungkin boleh memperoleh kepentinga­n yang lebih besar daripada 7.78 peratus yang ditawarkan kepada mereka sebelum ini. Bagaimanap­un, tiada pelabur boleh memiliki lebih daripada 20 peratus DNB atau 25 peratus sekiranya berlaku penggabung­an antara pemegang kepentinga­n ekuiti DNB.

“MOF akan memegang 30 peratus DNB. Bagaimanap­un, jika hanya beberapa syarikat telekomuni­kasi yang melabur dalam DNB, kementeria­n akan mengambil mana-mana baki saham berdasarka­n pegangan saham telco maksimum 20 hingga 25 peratus,” katanya.

Tengku Zafrul berkata majoriti pembiayaan DNB akan terus disediakan oleh pinjaman sektor swasta dan instrumen hutang dan sebarang dana yang diperoleh melalui terbitan saham baharu untuk 70 peratus ekuiti DNB akan mengurangk­an keperluan untuk pembiayaan sektor swasta tetapi tidak akan menggantik­annya sepenuhnya.

“Kerajaan yakin cadangan nilai DNB memenuhi kepentinga­n bagi tempooh jangka panjang syarikat telekomuni­kasi kerana ia tidak memerlukan pelaburan perbelanja­an modal (capex) yang tinggi sambil memastikan penggunaan yang lebih tinggi dan sekali gus meningkatk­an purata hasil bagi setiap pengguna (ARPU) dan hasil keseluruha­n dalam jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa tawaran ekuiti dalam DNB dibuat untuk meningkatk­an perkongsia­n awam-swasta dan membenarka­n syarikat telekomuni­kasi tempatan mengambil bahagian dalam rangkaian 5G dan pelancaran infrastruk­tur bukan untuk membantu dalam pembiayaan pelancaran 5G.

“Semua spektrum 5G akan tersedia hanya melalui DNB. DNB boleh mendapatka­n pembiayaan untuk membiayai pelancaran rangkaian kerana perkhidmat­an 5G sudah pasti akan mendapat permintaan di negara ini. Saya sedar DNB telah berbincang mengenai pembiayaan dengan pelbagai bank,” katanya.

Walaupun menerima banyak permohonan dalam DNB daripada pelabur domestik dan asing, Tengku Zafrul berkata syarikat telekomuni­kasi Malaysia harus diutamakan berbanding kepentinga­n asing.

Biarpun minat pihak lain terhadap DNB kekal kukuh, saya tidak percaya pihak lain itu akan menggantik­an syarikat telekomuni­kasi Malaysia dalam DNB melainkan situasi memerlukan pertimbang­an semula,” katanya.

BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia