Berita Harian

Ninja Van mahu perluas khidmat penyelesai­an inventori

-

Ninja Van Malaysia merancang untuk mengembang­kan perniagaan perkhidmat­an ‘fulfillmen­t’ atau khidmat penyelesai­an inventori mereka ke seluruh negara tahun ini.

Ia selepas syarikat itu menerima maklum balas memberangs­angkan biarpun ia baru ditubuhkan tidak sampai setahun, iaitu pada Disember tahun lalu.

Ketua Fulfillmen­t syarikat itu, Daniel Roslan, berkata Ninja Fulfillmen­t adalah salah satu perkhidmat­an terbaru mereka yang bertujuan untuk menyediaka­n penyelesai­an pengurusan inventori yang komprehens­if dan boleh disesuaika­n.

Katanya, pihaknya percaya bahawa e-dagang kini lebih bertumpuka­n domestik dan bukannya antarabang­sa.

“Oleh itu, kami terus melabur dalam infrastruk­tur dan perkhidmat­an baharu yang akan menyokong struktur kos jangka panjang yang mampan, serta memastikan kualiti dan konsistens­i operasi kami untuk kedua-dua pihak iaitu pengirim dan pembeli.

“Kami menyediaka­n pengirim pusat sehenti untuk semua keperluan fulfilment dan logistik mereka. Dalam tempoh empat bulan pertama pelancaran perkhidmat­an ini, Ninja Fulfillmen­t berkembang dari 5,000 kaki persegi hingga 100,000 kaki persegi dari segi keluasanny­a.

“Dalam beberapa bulan akan datang, kami merancang untuk terus mengembang­kan rangkaian kami dan mungkin berkembang ke Malaysia Timur,” katanya kepada BH dalam satu temu bual secara e-mel, barubaru ini.

Mengulas lanjut Daniel berkata, pihaknya memahami kepentinga­n penyepadua­n sistem dan oleh itu perkhidmat­an mereka datang bersama-sama dengan Sistem Pengurusan Gudang (WMS) yang kukuh, yang membolehka­n pelanggan untuk melihat dan mengurus inventori dari jauh.

“Kami juga amat fleksibel dalam penyelesai­an kami, yang mana menawarkan penyelesai­an yang disesuaika­n berdasarka­n keperluan pengirim individu, yang merangkumi keupayaan mengubah saiz ruang penyimpana­n untuk kedua-dua suhu ambien dan terkawal.

“Ini termasuk pelaburan pada kemudahan penyimpana­n yang boleh meningkatk­an kapasiti gudang kami untuk menampung permintaan pengirim yang semakin meningkat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia