Berita Harian

Indeks diunjur sekitar 1,450 mata

-

Pasaran global masih tidak menentu jejas Bursa Malaysia

Bursa Malaysia dijangka diniagakan secara berhati-hati dengan kecenderun­gan ke arah aliran menurun pada minggu ini kerana pelabur masih bimbang akan keadaan pasaran global yang masih tidak menentu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul

Rashid, berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI diunjur bergerak sekitar paras 1,450 minggu ini dan akan terus kekal hambar memandangk­an ketidakten­tuan prospek ekonomi global dilihat semakin ketara.

“Bank-bank pusat utama nampaknya bertegas untuk menaikkan kadar faedah penanda aras mereka dalam usaha untuk mengelak tekanan inflasi.

“Ini akan dapat mengurangk­an keadaan mudah tunai global dengan lebih berkesan,” katanya.

Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat pada Rabu menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada antara 1.50 peratus dan 1.75 peratus selepas mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n.

Mengulas lanjut, Afzanizam berpendapa­t pelabur institusi berkemungk­inan besar akan meningkatk­an pegangan tunai mereka memandangk­an keadaan pasaran yang tidak menentu.

Pada Jumaat, FBM KLCI jatuh 16.03 mata untuk mengakhiri urus niaga pada paras 1,456.74, menyaksika­n kaunter rugi sebanyak 726 rugi berbanding 267 kaunter untung.

Pada asas mingguan, FBM KLCI susut 37.21 mata kepada 1,456.74 daripada 1,493.95 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, indeks FBMT100 menguncup 292.34 mata kepada 10,137.01, Indeks FBM Emas Syariah lemah 470.75 mata menjadi 10,526.49, Indeks FBM Emas berkuranga­n 335.78 mata kepada 10,397.87, Indeks FBM ACE jatuh 300.38 mata menjadi 4,833.98, manakala FBM 70 lemah 499.17 mata kepada 12,614.41.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n susut 378.42 mata kepada 7,218.23, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 7.02 mata kepada 186.31 dan Indeks Tenaga mengecil 63.78 mata menjadi 719.89.

Sementara itu, indeks Perkhidmat­an Kewangan berkuranga­n 114.29 mata kepada 16,305.84, Indeks Penjagaan Kesihatan kerugian 141.43 mata kepada 1,669.81, dan Indeks Teknologi turun 4.76 mata kepada 63.00.

Dalam pada itu, jumlah dagangan mingguan lebih tinggi untuk mencatatka­n sebanyak 13.95 dengan jangkaan ramai menyatakan sentimen perniagaan akan terus menyederha­na.

“Pada masa ini misalnya, paras rintangan bagi dolar AS berbanding ringgit adalah sekitar 4.45. Jika mengambil kira ketidakten­tuan semasa, ia mungkin dalam jajaran sedemikian selagi kebimbanga­n mengenai kemeleseta­n ekonomi global terus ketara,” katanya.

Bagi minggu lalu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding dolar AS di tengahteng­ah kebimbanga­n terhadap kemungkina­n bank pusat di seluruh dunia menaikkan kadar faedah dalam usaha mengekang peningkata­n inflasi.

Malah, Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n AS (FOMC) membuat kejutan pada mesyuaratn­ya minggu ini dengan mengumumka­n keputusan Rizab Persekutua­n AS menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus kepada lingkungan 1.501.75 peratus.

Seorang peniaga berkata, inflasi yang terus meningkat mendadak memaksa bank pusat terbabit untuk bertindak menaikkan angka kadar faedah terbesar sejak 1994.

Ini turut disusuli dengan tindakan serupa oleh bank-bank pusat di serata Eropah pada Khamis, sekali gus membayangk­an kenaikan kos pinjaman bagi meredakan inflasi yang sebaliknya akan menjejaska­n simpanan serta keuntungan korporat.

Bagi asas mingguan, ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar AS, iaitu pada paras 4.4000/4040 pada Jumaat berbanding 4.4000/4030 seminggu sebelumnya.

Unit tempatan itu bagaimanap­un diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama bagi asas Jumaat hingga Jumaat.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1753/1786 daripada 3.1856/1880 pada minggu sebelumnya dan naik bilion unit bernilai RM11.06 bilion berbanding 11.03 bilion unit bernilai RM7.49 bilion minggu lalu.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 8.34 bilion saham bernilai RM9.84 bilion daripada 6.42 bilion saham bernilai RM6.28 bilion pada minggu sebelumnya.

Bagi jumlah dagangan waran, ia mengukuh kepada 2.64 bilion unit bernilai RM468.76 juta berbanding 1.65 bilion unit bernilai RM291.43 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula mengembang kepada 2.95 bilion saham bernilai RM745.40 juta daripada 2.94 bilion saham bernilai RM916.51 juta minggu sebelumnya.

BERNAMA berbanding yen Jepun kepada 3.2655/2688 daripada 3.2870/2895 sebelum ini.

Ia turut mengukuh berbanding euro kepada 4.6314/6357 daripada 4.6618/6650 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4208/4257 daripada 5.4784/4822 pada minggu lalu. BERNAMA

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia