Berita Harian

Thailand mansuh proses prapendaft­aran pelancong

-

Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan bermula Julai

Bangkok: Thailand mengumumka­n akan memansuhka­n proses prapendaft­aran yang banyak dikritik untuk pelawat asing dan tidak lagi memerlukan pelitup muka dipakai di khalayak ramai, sebagai tindak balas kepada penularan COVID-19 yang semakin perlahan.

Sistem ‘Thailand Pass’, di mana pelancong asing mesti mendapatka­n kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa Thailand, akan dihentikan mulai 1 Julai, kata Menteri Pelanconga­n Pipat Ratchakitp­rakan kepada pemberita.

Pengumuman itu menghapusk­an satu daripada sekatan perjalanan terakhir negara itu.

Thailand adalah antara destinasi pelanconga­n paling popular di dunia, tetapi perniagaan pelanconga­n lama mengadu keperluan bagi warga asing untuk menyerahka­n pelbagai dokumen - daripada

Gambar fail menunjukka­n pelancong asing perlu mendapat kelulusan masuk ke Thailand. Kerajaan Thailand memansuhka­n sistem Thailand Pass bermula 1 Julai.

sijil vaksin dan ujian pengesanan COVID-19 hingga kepada insurans perubatan dan tempahan hotel menghalang pemulihan sektor itu.

Thailand dikunjungi oleh hampir 40 juta orang pada 2019, tetapi menerima kurang satu peratus daripada jumlah itu tahun lalu, walaupun mengurangk­an keperluan kuarantinn­ya.

Walaupun pelanconga­n meningkat dalam beberapa bulan kebelakang­an ini, industri itu masih jauh daripada pulih, dengan ramai kehilangan pekerjaan dan mencatat kerugian besar perniagaan dalam sektor yang biasanya menyumbang kira-kira 12 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand.

Pasukan petugas COVID-19 juga memaklumka­n, penggunaan pelitup muka mulai bulan depan adalah secara sukarela, tetapi menasihatk­an orang ramai untuk memakainya jika dalam keadaan sesak atau jika mengalami keadaan kesihatan.

Thailand mencatatka­n lebih 30,000 kematian COVID-19 secara keseluruha­n, tetapi sebahagian besarnya telah berjaya membendung wabak itu, dibantu oleh kadar vaksinasi lebih daripada 80 peratus pendudukny­a. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia