Berita Harian

Jakarta sekali lagi catat kualiti udara paling buruk

-

Jakarta: Agensi data kualiti udara antarabang­sa, IQAIR, meletakkan ibu negara Indonesia, Jakarta sebagai kawasan yang mempunyai kualiti udara paling buruk di dunia, lapor portal berita Detik. com.

Pendedahan itu dibuat oleh IQAIR menerusi laman sesawang rasminya bagi cawangan Indonesia ketika kualiti udara mencapai indeks 160.

Menurut standard kualiti udara Amerika Syarikat (AS), indeks 151 hingga 200 adalah tergolong sebagai kategori udara sangat tidak sihat.

Kepekatan zarah halus (PM) berbahaya iaitu PM 2.5 dalam udara di Jakarta adalah 14.6 kali ganda lebih tinggi daripada piawaian

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

PM 2.5 adalah partikel debu kotor halus yang boleh memasuki saluran darah dan paru-paru manusia.

Sehubungan itu, IQAIR menasihatk­an orang ramai memakai pelitup muka, memasang penapis udara dan menutup tingkap selain jangan keluar rumah jika tidak perlu.

Ini adalah kali kedua daerah khusus ibukota (DKI) Jakarta berada di kedudukan pertama dalam kategori bandar dengan udara paling kotor di dunia bagi minggu lalu sahaja selepas Rabu, dengan capaian indeks 188.

Timbalan Gabenor Jakarta,

Pencemaran ruang udara Jakarta, menyebabka­n agensi data kualiti udara antarabang­sa meletakkan ibu negara Indonesia mempunyai kualiti udara paling buruk di dunia.

Ahmad Riza Patria menyatakan, peningkata­n jumlah kenderaan dipercayai menjadi faktor meningkatn­ya tahap pencemaran udara.

“Keadaan di Jakarta kembali sesak kerana kehidupan sudah kembali normal selepas dua tahun sekatan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Agensi Alam Sekitar DKI (DLH) melaporkan suhu persekitar­an yang rendah dan kadar kelembapan tinggi, umpamanya pada Rabu 15 Jun lalu, menyebabka­n bahan cemar bertambah, menyebabka­n pencemaran di ibu negara.

Menurut anggaran Badan Meteorolog­i, Klimatolog­i, dan Geofisika (BMKG) pula suhu udara Jumaat lalu di DKI Jakarta berada pada julat minimum 25 hingga maksimum 32 darjah Celsius, dengan kadar kelembapan minimum antara 75 hingga 100 peratus.

AGENSI

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia