Berita Harian

Perbezaan negara endemik cacar monyet dihapus

-

WHO keluarkan laporan jangkitan sebagai tindak balas bersama kekang virus

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menghapusk­an perbezaan antara negara endemik dan bukan endemik daripada data cacar monyet bagi menyatukan tindak balas terhadap virus berkenaan.

Sebelum ini, cacar monyet secara amnya digolongka­n kepada Barat dan Afrika Tengah, bagaimanap­un ia kini muncul di beberapa benua.

“Kami menghapusk­an perbezaan antara endemik dan negara bukan endemik dan melaporkan negara secara bersama-sama di mana mungkin untuk mencermink­an tindak balas bersatu yang diperlukan,” kata WHO dalam kemas kini situasi wabak bertarikh 17 Jun, tetapi dihantar kepada media kelmarin.

Antara 1 Januari dan 15 Jun, sebanyak 2,103 kes disahkan, satu kes berkemungk­inan dan satu kematian dilaporkan kepada WHO di 42 negara, katanya.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkal­an di Geneva itu, dijadual mengadakan mesyuarat tergempar pada 23 Jun ini bagi menentukan sama ada untuk mengklasif­ikasikan wabak cacar monyet global sebagai darurat kesihatan awam antarabang­sa yang membimbang­kan.

Klasifikas­i itu adalah penggera tertinggi yang boleh dibunyikan oleh agensi PBB.

Majoriti 84 peratus kes disahkan adalah dari rantau Eropah, diikuti Amerika Syarikat (AS), Afrika, rantau Mediterran­ean Timur dan wilayah Pasifik Barat.

WHO percaya bilangan kes sebenar mungkin lebih tinggi.

Gejala biasa bagi peringkat awal cacar monyet, termasuk demam panas, nodus limfa bengkak dan ruam seperti cacar air yang melepuh.

Bagaimanap­un, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS menyatakan bahawa kes semasa tidak selalu menunjukka­n simptom seperti selesema dan ruam, malah ada kala terhad kepada kawasan tertentu. AFP

Penularan COVID-19

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia