Berita Harian

Korea Utara kerah perangi wabak usus

-

Kru perubatan menyampaik­an ubat kepada penduduk untuk memerangi wabak penyakit usus di Haeju.

Seoul: Korea Utara menghantar kru perubatan dan penyiasat epidemiolo­gi ke wilayah yang sedang memerangi wabak penyakit usus, lapor media kerajaan hari ini.

Sekurang-kurangnya 800 keluarga yang mengalami apa yang Korea Utara gelarkan sebagai ‘wabak enterik akut’ sudah menerima bantuan di Wilayah Hwanghae Selatan setakat ini.

Enterik merujuk kepada saluran gastrousus dan pegawai Korea Selatan mengatakan ia mungkin taun atau kepialu.

Wabak baharu itu, yang kali pertama dilaporkan Khamis lalu, memberi lebih tekanan kepada negara terpencil itu ketika ia memerangi kekurangan makanan kronik dan gelombang jangkitan COVID-19.

Hari ini, agensi berita negara

KCNA memperinci­kan usaha pencegahan, termasuk kuarantin, saringan intensif untuk semua penduduk dan layanan khas serta pemantauan orang yang terdedah seperti kanak-kanak dan warga emas.

“Pasukan Diagnosis dan Rawatan Pantas kebangsaan sedang bekerjasam­a dengan pegawai kesihatan tempatan dan langkah sedang diambil untuk memastikan pertanian tidak terganggu di kawasan pertanian utama,” kata

KCNA.

Kerja pembasmian kuman sedang dijalankan, termasuk kumbahan dan sisa lain, untuk memastikan keselamata­n air minuman dan isi rumah, kata laporan itu. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia