Berita Harian

NATO beri amaran perang Ukraine boleh berlarutan

-

Jangkaan susulan cadangan Kyiv diberikan status calon EU

Kyiv: Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata, perang di Ukraine boleh berlarutan bertahun-tahun dan tentera Ukraine berdepan serangan Russia yang lebih sengit selepas eksekutif Kesatuan Eropah (EU) mengesyork­an Kyiv harus diberikan status calon untuk menyertai blok itu.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenber­g, dipetik oleh akhbar Bild am Sonntag Jerman sebagai berkata, bekalan senjata canggih kepada tentera Ukraine akan meningkatk­an peluang membebaska­n wilayah timur Donbas daripada kawalan Russia.

“Kita mesti bersedia dengan hakikat bahawa ia boleh mengambil masa bertahun-tahun. Kita tidak boleh berputus asa dalam menyokong Ukraine.

“Walaupun kosnya tinggi, bukan sahaja untuk sokongan ketenteraa­n, juga kerana kenaikan harga tenaga dan makanan,” katanya.

Perdana Menteri Britain, Boris

Johnson, yang melawat Kyiv Jumaat lalu, membuat komen yang sama mengenai keperluan untuk bersiap sedia untuk perang yang panjang dalam siaran berita (op-ed) untuk akhbar Sunday Times London.

Bercakap kepada pemberita semalam, beliau menekankan keperluan untuk mengelakka­n ‘keletihan Ukraine’ dan dengan tentera Russia ‘bergerak ke hadapan inci demi inci’ untuk sekutu menunjukka­n kepada Ukraine mereka berada di sana bagi menyokong mereka untuk masa yang lama.

Dalam op-ed, beliau berkata ini bermakna memastikan Ukraine menerima senjata, peralatan, peluru dan latihan lebih cepat daripada penceroboh.

“Masa adalah faktor penting. “Segala-galanya akan bergantung kepada, sama ada Ukraine boleh mengukuhka­n keupayaann­ya untuk mempertaha­nkan tanahnya lebih cepat berbanding Russia yang boleh memperbaha­rui keupayaann­ya untuk menyerang,” kata Johnson.

Ukraine menerima rangsangan yang ketara Jumaat lalu apabila Suruhanjay­a Eropah mengesyork­an supaya ia diberikan status calon Kesatuan Eropah (EU) - sesuatu yang dijangka akan disokong oleh negara EU pada sidang kemuncak minggu ini.

Setiausaha Agung NATO

Itu akan meletakkan Ukraine di landasan untuk merealisas­ikan aspirasi yang dilihat tidak dapat dicapai sebelum penceroboh­an 24 Februari oleh Russia, walaupun keahlian sebenar boleh mengambil masa bertahunta­hun. REUTERS

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia