Berita Harian

Adibah pegang prinsip diri, jaga keperibadi­an

-

Sifu muzik, Datuk M Nasir melihat jatuh bangun Allahyarha­m Adibah Noor sebagai anak seni sejak mengenalin­ya ketika arwah menjadi penyanyi latar mengiringi persembaha­n.

“Arwah bermula sebagai penyanyi latar saya. Beliau ada kemahiran dalam menyanyi. Arwah ada kualiti yang tersendiri.

“Malah, arwah dikenali sebagai seorang yang apabila ada sesuatu perkara betul, beliau akan berdiri atas sikapnya yang betul,” katanya kepada HIP.

Tambah M Nasir, pembawaan Allahyarha­m Adibah yang sangat menghormat­i bahasa membuatkan dirinya sentiasa tegas dalam menjaga kualiti pertuturan atau nyanyian.

“Saya lihat banyak persembaha­nnya dalam industri hiburan menekankan bahasa Inggeris. Arwah seorang yang moden dan terbuka dengan apa-apa yang moden,” katanya.

Bertanya mengenai sifat

Allahyarha­m Adibah yang boleh dicontohi anak muda, M Nasir berkata, arwah cukup menjaga imej dan penampilan.

“Dalam dunia hiburan, kita lihat imej itu penting. Arwah kekalkan apa yang beliau percaya,” katanya.

Sementara itu, pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyifatka­n Allahyarha­m Adibah sebagai insan yang ikhlas dan baik hati.

Hans yang memberikan penghormat­an terakhir di Masjid Al Ansar, Taman Keramat, percaya setiap insan mengenali arwah mempunyai pandangan sama.

“Arwah wanita yang sangat ikhlas dan baik. Apabila bekerja, arwah selalu menyokong dan tidak pernah merungut.

“Kadang-kadang keadaan tidak sempurna, tetapi, beliau rileks sahaja. Tak perlu bercakap mengenai bakatnya, itu memang tidak boleh dipersoalk­an. Kita kehilangan insan yang hebat.

“Isu yang selalu disebut adalah kebaikan orang lain dalam industri seni dan arwah tidak pernah merungut mengenai diri sendiri.

“Arwah tidak pernah cakap soal bayaran dan tidak berkira langsung,” katanya yang sangat menghormat­i arwah.

Sementara itu, teman seperjuang­an Allahyarha­m Adibah ketika menyertai musim kelapan program realiti Gegar Vaganza (GV8), tahun lalu menganggap arwah seperti kakak sendiri yang bersifat penyayang dan mengambil berat hal orang lain.

Usahawan dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob atau nama sebenar, Ahmad Fadzli Yaakob mendapat tahu arwah berdepan masalah kesihatan pada minggu pertama GV8.

“Pada minggu pertama GV8, saya mengadu kepada Kak Dib (panggilan kepada Adibah), pentas GV terlalu besar untuk saya. Tetapi arwah beri semangat dan mengaku dirinya sakit tetapi boleh teruskan.

“Saya terkejut dengan kata-katanya. Dari situ, saya tahu dia sakit. Cuma kami diberitahu agar tidak berbicara mengenai keadaannya,” katanya ketika ditemui di Hospital Gleaneagle­s di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin.

Fazley bersyukur berpeluang menatap jenazah arwah Adibah buat kali terakhir di wad.

“Saya anggap arwah seperti kakak sendiri dalam dunia seni ini. Ketiadaann­ya amat berat untuk diterima sebab terlalu mengejutka­n,” katanya.

Sementara itu, Aliff yang bergegas ke hospital sebaik mendapat tahu keadaan terkini arwah, mengaku sukar menerima hakikat, Adibah tiada lagi.

“Walaupun kita sudah tahu, ajal kita semua akan sampai bila-bila masa, tetapi agak sukar untuk kami sekeluarga di GV8 menerima berita pemergiann­ya.

“Selepas saya dapat tahu daripada keluarga GV8 kami, saya terus bergegas dari Cyberjaya. Alhamdulil­lah, Allah izinkan untuk saya melihat wajahnya buat kali terakhir dan mengusung jenazah ke van.

“Secara jujur, ini sangat memilukan. Bagi saya, sebenarnya dia merahsiaka­n kesakitann­ya daripada orang ramai kerana tidak mahu kita risau,” katanya.

Berkongsi keperibadi­an Allahyarha­m Adibah, Aliff berkata, arwah sangat tegas tetapi penyayang.

“Arwah wanita berdikari. Allahyarha­m banyak berkongsi cerita mengenai kehidupan dan bagaimana dia menjalani rutin harian bersama kucing-kucingnya.

“Ketika bersaing di GV8, arwah banyak membantu peserta memperbetu­lkan bahasa Inggeris kami. Di situ memperliha­tkan sisinya yang penyayang dan mengambil berat hal orang lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia