Berita Harian

Pemain tukar jersi

-

Vitinha dijangka pilih PSG Paris Saint-germain (PSG) dijangka mengatasi beberapa pasukan EPL untuk mendapatka­n tandatanga­n pemain tengah Porto, Vitinha.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi seorang daripada pemain paling diburu selepas melalui musim cemerlang di Liga Primeira. PSG bersedia membayar £40 juta (RM184.81 juta) dan memberikan kontrak lima tahun di Parc des Princes.

Ajax tekan Arsenal beli Martinez

Arsenal diberi tekanan oleh Ajax untuk mendapatka­n pertahanan­nya, Lisandro Martinez dengan harga £30 juta (RM161.45 juta).

Perbincang­an sudah diadakan dengan Arsenal bersedia menawarkan £25 juta (RM134.54 juta) buat pemain antarabang­sa Argentina itu.

Ajax menolak tawaran berkenaan dan mahukan lebih apabila menyedari ada kelab lain berminat dan sanggup membayarny­a.

David Raum

United minat Raum Manchester United dilaporkan akan menyertai perlumbaan bagi mendapatka­n pertahanan kiri Hoffenheim, David Raum musim panas ini.

Minat United terhadap Raum bermula selepas pemain itu melalui musim cemerlang bersama pasukan Bundesliga itu.

Bagaimanap­un kelab itu bakal menerima tentangan sengit West Ham dan Newcastle.

RM182.9J jika mahu Hincapie Tottenham diberitahu mereka perlu membayar £34 juta (RM182.98 juta) jika mahu dapatkan Piero Hincapie.

Pertahanan Bayer Leverkusen itu muncul sebagai antara sasaran Antonio Conte pada fasa perpindaha­n kali ini dan pemain antarabang­sa Ecuador sangat sesuai di bahagian kiri.

City tawar beli Marc Cucurella Manchester City akan membuat tawaran permulaan bagi mendapatka­n sayap pertahanan Brighton, Marc Cucurella.

Bekas pemain remaja Barcelona itu terbuka bagi menyertai skuad Pep Guardiola, namun ia bergantung kepada nilai yang akan diberikan Brighton.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia