Berita Harian

Verstappen sambar petak utama

-

Montreal: Juara dunia dan pendahulu kejuaraan, Max Verstappen memandu dengan kepakaran tersendiri dalam keadaan basah bersama jentera Red Bull semalam bagi memastikan petak pendahulu Grand Prix (GP) Kanada, di sini, hari ini.

Dalam sesi kelayakan yang mendebarka­n itu, pemandu Belanda berusia 24 tahun itu mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 21.299 saat dan menewaskan pencabar utamanya yang juga juara dunia dua kali, Fernando Alonso dari Alpine.

Verstappen akan memulakan perlumbaan ke-150 dari petak utama selepas meraih petak pendahulu ke-15 dalam usaha mengejar kemenangan ke-26 dalam kariernya.

Petak pendahulu diraihnya menamatkan catatan empat kali berturut-turut dicipta Charles

Leclerc yang akan memulakan perlumbaan hari ini dari petak belakang kerana menggunaka­n unit kuasa baharu pada jentara Ferrari miliknya.

“Kami kekal tenang, kami tidak melakukan kesilapan, jadi sudah tentu saya sangat gembira, bersama petak pendahulu di sini dan kerana kembali berada di sini, di Montreal,” kata Verstappen.

Alonso, 40, membuat pemanduan terbaik pada pusingan terakhir untuk menggembir­akan penonton dan mengatasi rakan senegara, Carlos Sainz dari Ferrari yang berkeduduk­an ketiga di depan Lewis Hamilton dari Mercedes.

“Ia sesuatu yang hebat. Ia minggu yang sukar dipercayai setakat ini buat kami, terima kasih kepada litar basah. Jentera menakjubka­n,” kata Alonso. AFP

Max Verstappen

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia