Berita Harian

Zainal Abidin tak puas hati

-

Georgetown: Ketua jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya selepas mereka terikat 1-1 menentang PJ City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, di sini, kelmarin.

Katanya, skuad Harimau Kumbang belum sepenuhnya diperbaiki selain turut melihat barisan pemain bimbingann­ya lambat menyesuaik­an diri dan hanya mendapat rentak selepas 45 minit perlawanan.

“Bagi saya ada dalam kalangan mereka masih berada di takuk lama. Separuh masa pertama, mereka masih lagi tidak dapat bermain dengan cemerlang dengan tekanan yang mahukan tiga mata.

“Saya boleh kata, masa pertama mereka masih terumbang-ambing walaupun tidak banyak asakan daripada PJ City ketika itu. Tetapi saya harus puji separuh masa kedua, bukan pada tahap permainan tapi usaha mereka untuk mendapatka­n gol penyamaan,” katanya yang mahu kelemahan itu dibaiki segera sebelum bertemu Terengganu FC, Rabu ini.

Sementara itu, Gong Badak, pengendali TFC, Nafuzi Zain tabik dengan kesungguha­n anak buahnya yang tidak mengenal erti penat sebelum melakar kemenangan ke atas juara Piala Malaysia, KL City FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Ini adalah permulaan baik buat pasukan untuk meneruskan momentum kemenangan walaupun terpaksa berhempas-pulas untuk memecah benteng pertahanan pelawat yang kental bertahan,” katanya.

TFC menang 2-0 hasil jaringan Habib Haroon pada minit ke-75 dan Manuel Ott (ke-81).

 ?? (Foto Mikail ONG/BH) ??
(Foto Mikail ONG/BH)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia