Berita Harian

Tiga wakil kibar Jalur Gemilang

- Oleh Sukhairi Thani

sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Buat kali pertama, Malaysia bakal mempunyai tiga wakil negara untuk beraksi pada Kejuaraan Motocross Dunia MXGP yang dijadual berlangsun­g di Samota-sumbawa, Indonesia pada 24 hingga 26 Jun ini.

Penyertaan T Pathipat, Muhammad Hakimi Iroly dan L Dharwin di atas tiket wildcard pada pusingan ke-12 musim ini bakal memberikan pendedahan berguna buat tiga pelumba muda ini memperoleh pengalaman bersaing dengan peserta handalan dunia.

Bagi Hakimi, 19, dia begitu teruja apabila namanya bakal terpahat sebagai antara wakil negara pertama menyertai saingan motocross berprestij dunia itu meskipun sedar saingan bakal dihadapiny­a bukan sesuatu yang mudah.

“Perasaan itu agak mendebarka­n kerana ini kali pertama kami mewakili Malaysia ke MXGP, satu perlumbaan antarabang­sa. Boleh dikatakan, persiapan itu agak singkat, namun kami akan cuba melakukan yang terbaik.

“Kalau diikutkan, trek di sana tak sama seperti di Malaysia. Trek di sana bertaraf dunia, jadi tak ada trek di Malaysia sama seperti di sana. Ini bakal menjadi cabaran juga selain trek di sana lebih panjang iaitu dalam dua atau tiga kilometer (km).

“Penyertaan ini juga adalah yang pertama kali buat saya selepas menyertai kejohanan di peringkat Asia pada 2017,” kata Hakimi yang tidak meletakkan sasaran tinggi selain hanya mahu menamatkan perlumbaan di sana nanti.

Sebagai memperkema­skan persiapan ketiga-tiga pelumba yang mewakili ALS Motorsport­s ini, mereka turut menerima sumbangan kelengkapa­n sut lengkap perlumbaan dari Ftw racing - sebuah syarikat yang sudah 11 tahun bertapak di Malaysia.

“Kami berbangga kerana mereka mewakili Malaysia dan kami terpanggil untuk memberikan bantuan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ftw Racing, Hairolsham Abu Bakar.

“Kami harap mereka dapat mempamerka­n prestasi yang baik nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia