Berita Harian

Izzah tekad tebus kecewa

-

Izzah Amzan

Kuala Lumpur: Atlet gimrama negara, Izzah Amzan tekad mahu menebus kegagalann­ya membawa pulang sebarang pingat dari Hanoi pada penampilan keduanya di temasya Sukan Komanwel di Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Beliau yang membantu pasukan negara membawa pulang pingat perak pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia mahu melupakan episod duka apabila menduduki tempat ketiga pusingan kelayakan acara all-around individu di Sukan SEA bulan lalu.

Pada temasya dwitahunan itu, hanya dua gimnas terbaik layak ke peringkat akhir menyaksika­n dua atlet negara iaitu Koi Sie Yan dan Ng Joe Ee meneruskan aksi di final acara berkenaan.

“Pada Sukan SEA tempoh hari, kecewa sikit, tidak dapat apa yang Izzah hendak. Namun ia bangkitkan semula semangat untuk terus bertanding. Saya cuma hendak pastikan diri saya bersiap sedia untuk terus beraksi.

“Sasaran utama kita untuk mendapatka­n pingat emas atau sekurang-kurangnya mengekalka­n pingat perak di Birmingham,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Atlet berusia 21 tahun itu berkata, beliau bakal menyertai Kejohanan Asia 2022 di Pattaya, Thailand dijadual pada 23 hingga 26 Jun.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persekutua­n Gimnastik Malaysia (MGF), Afrita Ariany Nasril, berkata selepas tugasan di Pattani, gimnas kebangsaan akan berlepas ke Azerbaijan untuk program latihan pada 3 hingga 20 Julai, diikuti kejohanan dan latihan terakhir di Belarus sebelum ke Birmingham untuk menghadapi temasya Sukan Komanwel 2022. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia