Berita Harian

MTVET runtuh tembok ‘silo’ antara kementeria­n, agensi

-

Shah Alam: Ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara ini sedang diperkukuh­kan melalui tadbir urus yang lebih bersepadu menerusi Majlis TVET Negara (MTVET).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata MTVET berjaya meruntuhka­n tembok ‘silo’ di antara kementeria­n dan agensi penyedia TVET.

“Keseluruha­nnya, di Malaysia ada 1,295 buah institusi dan penyedia TVET. Ini merangkumi 640 institusi TVET awam di bawah seliaan 11 kementeria­n, 22 institusi TVET kerajaan negeri dan 633 penyedia TVET swasta.

“Sudah tentu, jumlah yang agak besar ini memerlukan tadbir urus yang bersepadu. Dalam hubungan ini, inisiatif penubuhan MTVET pada 18 Disember 2020 adalah keputusan bersifat

breakthrou­gh oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu TVET Negara 2022 (MTN 2022), di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, yang disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Noraini berkata, KPT memberi tumpuan kepada enam agenda utama pemerkasaa­n TVET dengan antaranya membangunk­an Pelan Penjenamaa­n TVET Negara.

Jelasnya, pelan ini penting untuk menganjak paradigma dan meningkatk­an persepsi positif masyarakat terhadap TVET.

“Ada beberapa perkara dimasukkan dalam agenda ini, termasukla­h memperkena­lkan logo TVET Malaysia yang akan menjadi simbol kebersamaa­n semua kementeria­n penyedia TVET.

“Selain itu, slogan ‘TVET Pilihan Utama Kerjaya’ turut dipilih bagi memposisik­an TVET di laluan pendidikan utama, sekali gus menjadikan­nya antara pilihan kerjaya yang direbut,” katanya yang turut memberitah­u buku “Penjenamaa­n TVET Negara” yang dilancarka­n Perdana Menteri semalam adalah panduan kepada penyedia TVET dalam memperting­katkan lagi penjenamaa­n di peringkat nasional serta global.

Mengulas mengenai penganjura­n MTN 2022 yang julung kali diadakan dalam sejarah negara, katanya, ia bermatlama­t meningkatk­an keterlihat­an bidang pendidikan TVET kepada setiap lapisan masyarakat.

Acara berskala besar selama seminggu yang diadakan sejak 18 Jun lalu itu turut menjadi platform mengeratka­n lagi jaringan kerjasama antara industri, masyarakat dan penyedia TVET melalui aktiviti seminar, pameran dan peluang kerjaya TVET.

Pada majlis sama, 10 alumni atau pelajar dalam bidang TVET yang mewakili setiap Kementeria­n Penyedia TVET turut diiktiraf sebagai Wira TVET Negara atas sumbangan masing-masing di peringkat nasional dan antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia