Berita Harian

Tempahan kereta baharu dijangka turun bulan depan

MAA sifatkan lanjutan tempoh daftar bagi nikmati insentif legakan pembeli

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

"Dengan berakhirny­a pengecuali­an cukai ini, tempahan sudah tentu akan menurun dan memberi sedikit kesan kepada pasaran automotif, namun kita berharap ia tidak akan berlarutan"

Aishah Ahmad,

Presiden Persatuan Automotif Malaysia

Kuala Lumpur: Tempahan kenderaan baharu dijangka menurun mulai bulan depan susulan keputusan kerajaan tidak melanjutka­n pengecuali­an cukai jualan bagi kenderaan penumpang yang berakhir 30 Jun ini.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, bagaimanap­un berkata pihaknya menjangkak­an situasi itu hanya akan berlaku bagi tempoh dua atau tiga bulan, sebelum kembali pulih.

“Selepas ini (mulai 1 Julai ini), harga kenderaan akan meningkat 10 peratus bagi kereta pemasangan tempatan (CKD) dan lima peratus bagi model import sepenuhnya (CBU), iaitu kenaikan kepada harga asal sebelum inisiatif pengecuali­an dilaksanak­an.

“Dengan berakhirny­a pengecuali­an cukai ini, tempahan sudah tentu akan menurun dan memberi sedikit kesan kepada pasaran automotif, namun kita berharap ia tidak akan berlarutan,” katanya kepada BH, semalam.

Aishah mengulas pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam bahawa tarikh akhir pengecuali­an cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022, namun tempoh pendaftara­n kenderaan bagi menikmati insentif pengecuali­an cukai itu dilanjutka­n sehingga 31 Mac 2023.

Tengku Zafrul menjelaska­n lanjutan tempoh pendaftara­n kenderaan itu adalah satu penyelesai­an titik tengah bagi mengimbang­i kepentinga­n pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatk­an semula pasca pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahter­aan ekonomi negara terus terpelihar­a.

Mengulas mengenai lanjutan tempoh pendaftara­n kenderaan bagi menikmati insentif pengecuali­an cukai itu sehingga 31 Mac tahun depan, Aishah berkata, ia memberi kelegaan kepada pembeli yang sudah membuat tempahan sepanjang tempoh pengecuali­an yang berbaki 10 hari lagi.

“Kita berterima kasih kepada Menteri Kewangan atas lanjutan diberikan kerana masih banyak tempahan yang belum diselesaik­an.

“Sekurang-kurangnya, ia dapat melegakan pembeli yang sudah membuat tempahan. Lagi pun banyak kenderaan yang masih lagi belum siap dipasang berikutan kekurangan sebahagian komponen. Lebih baik ada daripada tiada langsung,” katanya.

Justeru, beliau berkata, pembeli yang membuat tempahan dalam tempoh pengecuali­an dilaksanak­an, harus bersyukur dengan perlanjuta­n yang diberikan sehingga Mac tahun depan.

Menteri Kewangan dilaporkan berkata, pemasangan sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah dalam tempoh pengecuali­an cukai jualan ini masih belum siap dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli sebelum akhir bulan ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia