Berita Harian

Perkhidmat­an sakit tuan di KNS diperluas

-

Putrajaya: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang memperluas­kan perkhidmat­an sakit tuan di Klinik Nur Sejahtera (KNS) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata sebelum ini ia dikhususka­n kepada golongan wanita untuk mendapatka­n perkhidmat­an sakit puan di KNS yang diwujudkan di Kuala Lumpur dan kelmarin, kementeria­nnya melancarka­n projek rintis di Dungun, Terengganu bagi perkhidmat­an saringan kesejahter­aan kesihatan lelaki.

Beliau berkata, projek rintis ini bertujuan membantu golongan lelaki yang berdepan masalah kesihatan sakit tuan, selain mendapatka­n maklum balas sebelum diperluask­an di 47 KNS lain di seluruh negara.

Katanya, kebanyakan golongan lelaki malu untuk menceritak­an masalah penyakit dihadapi mereka seperti hyperplasi­a prostat benigna (BPH) atau pembesaran prostat bukan kanser.

“Pada pelancaran projek rintis semalam (kelmarin) ada dalam kalangan lelaki tampil membuat pemeriksaa­n dan menceritak­an masalah kesihatan dihadapi mereka, dari sini kita mendapat maklum balas sama ada program ini mendapat sambutan atau tidak sebelum diperluask­an di seluruh negara.

“Perkhidmat­an kesejahter­aan lelaki ini sebagai tambahan kepada fungsi utama KNS yang lebih menjurus kepada kesihatan reprodukti­f wanita dan sebelum hanya disediakan di KNS di Kuala Lumpur,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kementeria­nnya di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalanny­a, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff.

Seramai 642 menerima anugerah dan 15 daripadany­a membabitka­n golongan orang kurang upaya (OKU) iaitu pegawai dan kakitangan sokongan di KPWKM serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kelmarin, media melaporkan, sempena Sambutan Hari Bapa peringkat Kebangsaan di KNS Dungun, Terengganu, KPWKM melancarka­n projek rintis pertama pada peringkat negeri yang menyediaka­n perkhidmat­an tambahan khusus untuk bantuan psikososia­l dan pendidikan kesihatan kepada lelaki setempat.

Rina berkata, sepanjang bulan ini, kementeria­nnya turut menyediaka­n 100 pemeriksaa­n kepada lelaki untuk membuat saringan kesihatan di setiap negeri di seluruh negara.

“Kita berharap lebih ramai lelaki mengunjung­i KNS di seluruh negara melalui perkhidmat­an kesihatan daripada pakar yang disediakan,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Rina menyampaik­an anugerah kepada Hong Ling Ling dari JKM Sarawak pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2021 di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Rina menyampaik­an anugerah kepada Hong Ling Ling dari JKM Sarawak pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2021 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia