Berita Harian

Perasaan gembira, terharu terpilih tunai haji tahun ini

-

Sepang: Perasaan gembira dan sedih bercampur baur apabila seorang guru dan suaminya terpilih mengerjaka­n ibadah haji pada tahun ini.

Sakimi Ishak, 52, berkata beliau sedih kerana impiannya mengerjaka­n haji yang diperoleh tahun ini tidak dapat dikongsi bersama rakan baiknya yang meninggal dunia baru-baru ini, tetapi perasaanny­a terubat apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h hadir mengucapka­n selamat jalan di Kompleks Haji Sepang, semalam.

Beliau berkata, rakan baiknya ketika belajar itu mengetahui niatnya mengerjaka­n haji yang terpaksa ditangguhk­an akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.

“Saya sepatutnya pergi menunaikan haji pada 2020, namun terpaksa akur kerana pandemik melanda.

“Setahun selepas itu, saya tetap menantikan berita untuk pergi ke sana, namun kecewa kerana tidak terpilih.

“Disebabkan itu, saya tidak menaruh harapan pada tahun ini, tetapi akhirnya bersyukur ada rezeki pada tahun ini,” katanya ditemui pada Majlis Mengucapka­n Selamat Jalan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h di Kompleks Haji Sepang, semalam.

Sakimi berkata, beliau dan suaminya Nor Azhar Osman, 52, tidak membuat rayuan untuk pergi menunaikan ibadah berkenaan kerana menganggap masih tidak mempunyai rezeki dan tidak mahu mengambil kuota orang lain.

Sementara itu, seorang lagi jemaah, Nor Haslina Mohtar, 30, bersyukur kerana namanya bersama dua abangnya iaitu Mohd Syaiful Ridzuan, 39, dan Mohd Farid, 35, serta kakak ipar, Siti Hajar Ibrahim, 39, dipanggil tahun ini untuk menunaikan ibadah berkenaan.

“Kami bercadang pergi satu keluarga bersama empat adik beradik, ibu dan kakak ipar.

“Namun rezeki ibu tiba dulu dan beliau menunaikan haji pada 2019,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Tunku Azizah berkenan menyantuni jemaah haji ketika Majlis Mengucapka­n Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci Musim Haji 1443H / 2022M di Sepang, semalam. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (kiri).
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Tunku Azizah berkenan menyantuni jemaah haji ketika Majlis Mengucapka­n Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci Musim Haji 1443H / 2022M di Sepang, semalam. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (kiri).
 ?? ?? Sakimi Ishak
Sakimi Ishak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia