Berita Harian

Kes tempatan baharu meningkat minggu lalu

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Bilangan pesakit ke CAC turut catat peningkata­n bhnews@bh.com.my

Sepang: Jangkitan kes tempatan baharu COVID-19 mencatat peningkata­n 28.1 peratus sepanjang Minggu Epidemiolo­gi ke24 (ME 24/2022), iaitu antara 12 Jun hingga Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata pertambaha­n itu membabitka­n daripada 11,076 kes ME sebelumnya kepada 14,187 kes.

Bagaimanap­un, katanya, bilangan kes import turun 60.0 peratus, iaitu daripada 20 kes kepada lapan kes, manakala kes kematian turut berkuranga­n kepada 16.0 peratus, iaitu 25 kes kepada 21 kes bagi tempoh sama.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 24/2022 adalah 24,053, iaitu peningkata­n 9.3 peratus berbanding minggu sebelumnya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 di hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat empat peratus sepanjang ME 24/2022, iaitu antara 12 Jun hingga Sabtu lalu.

Dr Noor Hisham berkata, peningkata­n pesakit ke hospital awam itu membabitka­n pesakit kategori satu dan dua, iaitu 17 peratus.

“Kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima berkuranga­n lapan peratus, manakala peratusan

Penularan COVID-19

pengisian katil fasiliti kesihatan COVID-19 menunjukka­n peningkata­n berbanding minggu sebelumnya.

“Penggunaan katil bukan kritikal meningkat satu peratus, manakala penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat dua peratus.

“Jumlah pesakit yang memerlukan

Putrajaya: Buat kali pertama sejak 18 Disember 2020, Malaysia tidak merekodkan sebarang kes kematian akibat jangkitan COVID-19, kelmarin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kali terakhir negara merekodkan sifar kes kematian ialah pada 18 bulan lalu.

“Hari ini (19 Jun), buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat COVID-19.

“Peralihan berterusan kita kepada fasa endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Sama-samalah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya dalam ciapan di Twitter, alat bantuan pernafasan meningkat 33 peratus, manakala penurunan dapat dilihat di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), iaitu berkuranga­n satu peratus,” katanya.

Beliau menegaskan, pemantauan di pusat penilaian COVID-19 (CAC) turut menunjukka­n peningkata­n di seluruh negara. malam kelmarin.

Untuk rekod, Malaysia kali pertama mencatatka­n kes kematian akibat COVID-19 ialah pada 17 Mac 2020 dan sehingga kini jumlah angka korban terus meningkat kepada 35,732 kes.

Daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 7,579 kes adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) atau pesakit meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Sepanjang penularan COVID-19 di negara ini, paling tinggi kes kematian dilaporkan adalah pada 22 September 2021 dengan 487 kes direkodkan dan daripada jumlah itu, sejumlah 161 kes adalah BID.

Katanya, bilangan pesakit ke CAC meningkat 22.1 peratus, kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat 37.6 peratus dan bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat 11.4 peratus.

“Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 24/2022 ia meningkat 26.2 peratus berbanding pada akhir ME 23/2022 (dari 21,591 kes kepada 27,247 kes),” katanya.

Mengenai hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara pada ME 24/2022, Dr Noor Hisham mendapati, kadar positif sampel kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) bagi COVID-19 menurun 28.6 peratus, iaitu 8.4 peratus pada ME 23/2022 kepada enam peratus pada ME 24/2022.

“Kadar positif sampel jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) minggu ini meningkat 4.4 peratus, iaitu 0.0 peratus pada ME 23/2022 kepada 4.4 peratus pada ME 24/2022,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia