Berita Harian

‘Usah risau jangkitan, data liputan vaksin tahap baik’

-

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan peningkata­n kembali kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara ASEAN yang lain kerana data bagi liputan vaksin berada pada tahap yang baik.

Pakar Kesihatan Awam (Epidemiolo­gi dan Biostatist­ik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, berkata hanya terdapat satu atau dua negara yang liputan vaksinnya masih rendah, iaitu 20 peratus seperti yang dilaporkan di Myanmar.

Katanya, masyarakat perlu melihat tiga indikator utama COVID-19, antaranya kemasukan pesakit ke dalam hospital dan jumlah kematian yang dilaporkan sebelum mengatakan kes di sesebuah negara itu meningkat secara mendadak.

“Kita akui, walaupun dengan vaksin masih ramai yang dijangkiti wabak berkenaan, kesan sampingan yang dihadapi pesakit lebih ringan berbanding mula-mula penularan virus berkenaan di negara ini,” katanya kepada BH, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham memaklumka­n jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini meningkat sebanyak 27.9 peratus atau 11,096 kes kepada 14,195 kes berbanding pada minggu sebelumnya (ME ke-23).

Dr Malina berkata, walaupun kini masyarakat sudah mula leka dengan kelonggara­n prosedur operasi standard (SOP), masih ramai yang terlindung daripada dijangkiti COVID-19 kerana masing-masing sudah mempunyai vaksin.

“Kalau zaman sebelum adanya vaksin, kita memang risau apabila lihat data kenaikan kes. Ketika itu jangkitan memang senang nak dapat, malah kita masih belum mempunyai rawatan yang selanjutny­a.

“Namun, kini walaupun ramai yang dijangkiti, kesan sampingann­ya tidak seteruk

Dr Malina Osman dahulu, yang banyak terdedah kepada bahaya dan memerlukan rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Malina berkata, Kementeria­n Kesihatan (KKM) masih perlu membuat pemantauan supaya data yang diperoleh dengan tepat dan membantu negara mengawal dan cegah penularan COVID-19.

Bagi Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-medik), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, peningkata­n kes ini sudah dijangkaka­n kerana rakyat Malaysia baru menyambut Aidilfitri serta berkumpul ketika cuti persekolah­an.

“Trend kenaikan kes COVID-19 ini adalah seperti dijangkaka­n kerana kita baru merayakan Aidilfitri, diikuti dengan cuti sekolah. Kita melihat sepanjang Syawal pelbagai perhimpuna­n, majlis hari raya dan kenduri-kendara diadakan di seluruh negara.

“Kita memang perlu menerima hakikat bahawa kita hidup dengan virus COVID-19 dan meneruskan aktiviti seperti biasa, tetapi saya bimbang apabila kita agak lalai dengan SOP yang ditetapkan seperti menjaga jarak, pemakaian pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga jarak dalam keramaian dan kenduriken­dara.

“Aktiviti bersalaman juga mungkin masih perlu dikurangka­n buat masa ini dan saya harap semua memahami rasionalny­a,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia