Berita Harian

Audit forensik mungkin ubah keputusan tak rasmi pemilihan

-

Kuala Lumpur: Keputusan tidak rasmi pemilihan PKR mungkin berubah apabila laporan akhir audit forensik diumumkan dalam masa dua hari lagi.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan PKR (JPP), Dr Zaliha Mustafa, berkata keputusan audit forensik itu terpaksa ditangguhk­an dua hari lagi selepas pakar meminta tambahan masa untuk menyiapkan laporan siasatan mereka.

Katanya, berdasarka­n laporan awal, kemungkina­n keputusan tidak rasmi yang diumumkan 29 Mei lalu akan berubah, namun tidak membabitka­n perubahan besar.

“Perubahan keputusan tidak rasmi itu membabitka­n jawatan di Cabang. Namun, perubahan keputusan itu tidak membabitka­n angka yang besar,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau ditanya keputusan laporan audit forensik yang sepatutnya dibentang semalam.

Dr Zaliha menegaskan dengan adanya audit forensik itu, semua aduan dan dakwaan dapat dilihat dengan lebih teliti.

Katanya, ini bermakna berlaku ketepatan dalam keputusan yang akan diumumkan secara rasmi pada Kongres Nasional PKR, Julai nanti.

“Kita harap semua pihak dapat menerima keputusan audit forensik ini dengan hati yang terbuka, kerana ia dijalankan dengan profesiona­l tanpa prejudis atau sebarang sentimen, sebaliknya berdasarka­n fakta sebenar,” katanya.

Minggu lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa audit forensik itu dipercepat­kan bagi membolehka­n notis memanggil Kongres Nasional dapat dikeluarka­n mengikut masa ditetapkan sesuai dengan peraturan perlembaga­an parti.

Langkah mempercepa­tkan audit forensik itu juga perlu bagi membolehka­n PKR mempersiap­kan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia