Berita Harian

J Sparrow, Jerai varieti durian baharu di Kedah

-

Sungai Petani: Jabatan Pertanian Negeri Kedah memperkena­lkan varieti durian baharu dikenali D216 (J Sparrow) dan D217 (Jerai) yang ditanam di ladang durian di Kampung Ketapang, Sungai Tok Pawang, Bedong, dekat sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Pengangkut­an dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah, Datuk Azman Nasrudin, berkata durian klon itu akan menjadi produk baharu kepada penggemar durian di negara ini.

“Kedah menawarkan varieti durian baharu dan yakin ia bakal diterima baik, varieti durian klon D216 dan D217 ini memiliki rasa dan rupa bentuk tersendiri yang akan jadi permintaan tinggi dalam kalangan penggemar durian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n durian klon itu di ladang durian berkenaan dekat sini, semalam, yang turut dihadiri Pengarah Pertanian Kedah Ramli Abdul Rahman selain pengusaha varieti durian baharu itu, Teoh Seng Khoon.

Mengulas lanjut, Azman berkata, antara ciri utama durian J Sparrow ialah isi utamanya berwarna keperangan dan kuning muda serta mempunyai aroma sederhana dengan purata kemanisann­ya ialah 35.3 peratus Brix, selain memiliki rasa pahit sederhana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia