Berita Harian

Kadar penganggur­an di Johor menurun 3.2 peratus

-

Iskandar Puteri: Johor merekodkan kadar penganggur­an lebih rendah antara Januari 2021 hingga suku pertama tahun ini kepada 3.2 peratus, turun 0.7 peratus berbanding 3.9 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan, Pembanguna­n Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, mengikut sumber maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan penganggur di Johor pada suku pertama tahun ini pula adalah seramai 58,600 orang, berkurang kepada 12,200 orang berbanding 70,800 penganggur pada suku pertama tahun lalu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Aznan Tamin (Bn-tanjung Surat) mengenai kadar penganggur­an di Johor pada Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, semalam.

Menjawab soalan Aznan mengenai langkah diambil kerajaan negeri bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negeri ini bagi mengurangk­an kadar penganggur­an, Mohd Hairi berkata Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor giat mengadakan Program Latihan Kemahiran Johor (Pro Mahir), Program Gerak Kerjaya Johor (GKJ) dan juga hebahan jawatan kosong sepanjang tahun di platform media sosial jabatan sebagai inisiatif menghebahk­an peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

“Tahun ini, menerusi Pro Mahir, Unit SMI menyasarka­n sebanyak 1,169 orang akan mendapat manfaat daripada penyertaan kursus kemahiran dalam pelbagai bidang dan peluang penempatan pekerjaan.

“Menerusi program ini, sebanyak 44 kursus ditawarkan kepada golongan sasar seperti lepasan sekolah, graduan, mereka yang diberhenti­kan kerja dan pencari kerja yang mana objektifny­a peserta program dapat menggunaka­n sijil kemahiran yang diperolehi untuk meningkatk­an pendapatan diri,” katanya.

Mohd Hairi berkata, pada 25 Mei lalu, Unit SMI menerusi GKJ menganjurk­an temuduga terbuka dengan menawarkan lebih 883 jawatan kosong membabitka­n penyertaan lapan majikan.

Selain itu, katanya, Unit SMI juga giat membuat hebahan jawatan kosong di platform media sosial dengan sebanyak 623 jawatan kosong sudah diiklankan dan dihebahkan.

Iskandar Puteri: Lebih RM28 juta diperuntuk­kan bagi membayar elaun bulanan kepada imam, bilal dan noja di Johor, tahun ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata daripada jumlah itu, peruntukan sebanyak RM12.6 juta setahun disalurkan kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM15.4 juta pula disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membayar elaun pegawai masjid iaitu imam satu dan dua.

“JAINJ mengemukak­an cadangan dan semakan elaun ini pada tahun lalu dan kerajaan memang berhasrat menaikkan kadar elaun pegawai masjid sebaik sahaja keadaan ekonomi mengizinka­n.

“Walaupun kenaikan kadar elaun pegawai masjid dan surau di negeri ini tidak dapat dilaksanak­an buat masa ini, mereka sudah menerima bantuan ‘one off’ sebanyak RM500 seorang daripada JAKIM yang membabitka­n peruntukan RM1.3 juta.

“Pegawai masjid dan surau ini juga menerima bantuan RM500 daripada kerajaan negeri di bawah inisiatif Bantuan Kasih berjumlah

Bangsa Johor bagi tahun ini membabitka­n peruntukan berjumlah RM 2.295 juta,” katanya menjawab soalan lisan Datuk Jefridin Atan (Bn-kukup) mengenai jumlah elaun yang dibayar kerajaan negeri kepada imam, bilal dan noja serta bila kali terakhir elaun itu disemak dan dinaikkan.

Mohd Fared menjawab soalan itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, semalam.

Mohd Fared yang juga ADUN Semerah berkata, kerajaan negeri amat prihatin dalam meninggika­n syiar Islam di negeri ini melalui pengimarah­an masjid dan surau yang ada di seluruh daerah.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri melantik seramai 5,710 pegawai masjid untuk memegang jawatan sebagai imam, bilal dan noja di 838 masjid dan 1,961 surau yang ada.

“Johor satu-satunya negeri di Malaysia yang memberi elaun bulanan kepada imam dan bilal surau yang mana negeri lain hanya memberi elaun kepada pegawai masjid sahaja.

“Walaupun elaun pegawai surau tidak begitu tinggi, tetapi sekurang-kurangnya mereka juga tidak ditinggalk­an dari sudut kebajikann­ya,” katanya.

Mohd Fared Mohd Khalid

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia