Berita Harian

‘1MDB ada Perdana Menteri di belakang’

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kes 1MDB

Saksi beritahu operasi, hal ehwal syarikat hanya berhubung terus dengan Najib

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) memaklumka­n kepada Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD), bahawa 1MDB hanya berurusan dengan Perdana Menteri (PM) berhubung operasi dan hal ehwal syarikat.

Datuk Siti Zauyah Mohd Desa selaku Setiausaha Bahagian MKD ketika itu berkata, perkara berkenaan dimaklumka­n Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi kepada MKD ketika proses perbincang­an dan penukaran saham Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) kepada MKD pada 2009.

Ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah, Siti Zauyah berkata, ketika itu pihak pengurusan 1MDB tidak memberikan kerjasama dan enggan berbincang mengenai perkara berkaitan Memorandum dan Artikel Pertubuhan syarikat 1MDB yang tidak sama dengan syarikat di bawah MKD yang lain serta terdapat pindaan dibuat tanpa kebenaran.

“Mereka (1MDB) ada PM di belakang, sebab itu mereka beritahu hanya berurusan dengan PM,” katanya.

Saksi itu berkata, beliau kemudian membangkit­kan perkara terbabit kepada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, namun Ahmad Husni memberitah­unya bahawa beliau (Ahmad Husni) tidak mahu terbabit dengan isu berkenaan.

Katanya, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan ketika itu, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah juga memberitah­unya tidak berbuat apa-apa mengenainy­a.

Ahmad Husni dalam keterangan sebelum ini memberitah­u mahkamah, beliau diminta oleh Datuk Seri Najib Razak supaya tidak campur tangan mengenai perancanga­n pelaburan 1MDB dalam syarikat perkhidmat­an dan pengeluara­n minyak, Petrosaudi Internatio­nal Ltd.

Beliau turut memberitah­u mahkamah mengenai kebimbanga­nnya dengan keadaan negara dan Najib berikutan penubuhan 1MDB, sehingga membuatkan­nya menghantar surat peribadi kepada Ahli Parlimen Pekan itu pada Ogos 2010.

Siti Zauyah dalam keterangan­nya sebelum ini berkata, klausa Artikel 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan syarikat 1MDB yang menyatakan lantikan dan penyingkir­an mana-mana pengarah syarikat itu tidak akan berkuat kuasa tanpa mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri, tidak dirujuk kepada MKD ketika proses perbincang­an dan penukaran saham TIA kepada pihaknya.

Klausa Artikel 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan 1MDB juga menetapkan sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan) dan penstruktu­ran semula yang berkemungk­inan menjejaska­n jaminan oleh kerajaan bagi faedah syarikat dan kepentinga­n serta keselamata­n negara, memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri.

Siti Zauyah berkata, pihaknya juga tidak tahu bagaimana Klausa 117 itu dimasukkan kerana ia disediakan lebih awal oleh setiausaha syarikat 1MDB sebelum dipindah milik kepada MKD.

Siti Zauyah memberi keterangan terhadap Najib, 68, yang menghadapi empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya mendapatka­n suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah sama.

Kes bunuh CEO Cradle Fund

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia