Berita Harian

Keputusan Samirah, 2 remaja hari ini

-

Shah Alam: Nasib Samirah Muzaffar dan dua remaja akan diketahui hari ini, sama ada mereka akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman dijangka membacakan keputusan pada akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi ini.

Sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pendakwaan, yakni mahkamah mendapati terda- pat kes prima facie terhadap Samirah, 47, dan dua remaja maka mereka akan dipanggil untuk membela diri, namun jika keputusan adalah sebaliknya, ketiga-tiga tertuduh itu akan dilepas dan dibebaskan.

Pada 22 April lalu, Hakim Ab Karim menetapkan 30 Mei sebagai tarikh menyampaik­an keputusann­ya selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, walau bagaimanap­un, tarikh itu ditunda kepada hari ini.

Pasukan pendakwaan yang dianggotai Timbalan Pendakwa Raya

Mohd Asnawi Abu Hanipah, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Abu Bakar manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Rahmat Hazlan.

Pada 14 Februari lalu, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak si mati, Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan dan Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng; serta pengawal keselamata­n kediaman si mati Raju Kumar Pandit.

Perbicaraa­n berkenaan bermula pada 6 September 2019.

Samirah serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang lagi warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Samirah Muzaffar

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia