Berita Harian

Serangan terhadap Jagdeep bukan bermotif politik

- Oleh Zuhainy Zulkiffli

Polis sahkan suspek warga asing tidak kenal mangsa bhnews@bh.com.my

Georgetown: Polis mengesahka­n serangan terhadap EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancanga­n Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo, di depan restoran di Tanjung Bungah pada Jumaat lalu, bukan bermotif politik atau dendam.

Suspek warga asing berusia 60 tahun itu juga tidak mengenali mangsa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan mendapati suspek dan mangsa pergi ke premis berkenaan bersama ahli keluarga masing-masing bagi makan malam, sebelum mangsa diserang di tempat letak kenderaan di depan restoran terbabit.

“Suspek ditahan di kediamanny­a di Georgetown beberapa jam selepas insiden itu.

“Siasatan mendapati berlaku salah faham di antara suspek dan mangsa, sebelum insiden berkenaan,” katanya, di sini semalam.

Mohd Shuhaily berkata, siasatan awal mendapati suspek mungkin mabuk ketika kejadian berkenaan.

Katanya, polis turut menyiasat jika ada kamera litar tertutup (CCTV) berhampira­n tempat kejadian.

“Siasatan masih dijalankan, namun kita boleh disahkan serangan itu tidak berunsurka­n jenayah atau dendam politik.

“Suspek yang direman dua hari sudah dibebaskan semalam (kelmarin) atas jaminan polis,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat cedera pada pergelanga­n kaki dan dirawat di hospital swasta.

Jagdeep Singh Deo

Kuala Terengganu: Seorang penuntut kerugian hampir RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di daerah ini.

Kejadian dipercayai bermula apabila lelaki berusia 20 tahun itu menerima mesej daripada individu tidak dikenali menawarkan pakej pelaburan daripada sebuah syarikat, pada 15 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superinten­dan M Zambri Mahmud, berkata mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan berhubung dengan seorang ejen yang memperkena­lkan diri sebagai Fahmi.

Beliau berkata, mangsa kemudian diterangka­n mengenai pelaburan yang ditawarkan syarikat berkenaan sebelum bersetuju melaburkan sejumlah wang dan mendapat keuntungan 10 peratus daripada modal yang dilaburkan.

“Mangsa kemudian diarahkan membuat pembayaran pelaburan yang seterusnya, namun tidak mendapat sebarang keuntungan. Suspek sekali lagi mengarahka­n mangsa membuat beberapa pembayaran lagi bagi urusan mendapatka­n modal dan keuntungan.

“Dalam tempoh itu, mangsa dikatakan membuat lapan kali pembayaran secara berperingk­at ke dalam lima akaun bank yang berbeza membabitka­n jumlah keseluruha­n sebanyak RM94,412,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

M Zambri berkata, mangsa memaklumka­n suspek masih mengarahka­nnya membuat pembayaran dengan pelbagai alasan, namun tidak mengikuti arahan diberikan kerana percaya sudah menjadi mangsa penipuan.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis kelmarin dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, M Zambri turut menasihatk­an orang ramai supaya berhati-hati dengan individu atau sindiket yang menawarkan sebarang pelaburan, terutama yang menjanjika­n pulangan yang lumayan.

Katanya, orang ramai dinasihatk­an menyemak latar belakang syarikat pelaburan itu terlebih dahulu bagi memastikan ia memiliki lesen sah daripada Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) atau menghubung­i Bank Negara Malaysia (BNM) jika terdapat sebarang pertanyaan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia