Berita Harian

Generasi muda berpendapa­tan tinggi perlu bayar cukai

-

Kuala Lumpur: Bajet Kerajaan Persekutua­n 2022 yang disediakan Kementeria­n Kewangan melaporkan, kutipan cukai pendapatan adalah sumber kewangan tertinggi negara, iaitu 35.7 peratus berbanding sumber lain.

Dengan sumber kewangan itu, kerajaan menggunaka­nnya untuk perbelanja­an pembanguna­n dan mengurus negara.

Jika semua pihak termasuk generasi muda yang layak membayar cukai pendapatan menjadi pembayar cukai bertanggun­gjawab, lebih banyak cukai pendapatan dapat dikutip dan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Kerajaan sudah mengeluark­an peruntukan besar demi memastikan kemakmuran negara dan rakyat.

Ini termasuk ketika negara dilanda wabak COVID-19, kerajaan mewujudkan fasiliti bagi merawat pesakit COVID-19 selain pemberian bantuan khas kerajaan seperti Bantuan Khas COVID-19 dan Geran Khas Prihatin hasil daripada cukai pendapatan.

Cukai pendapatan individu ke atas perniagaan bukan hanya kepada yang berniaga secara tetap atau sambilan, konvension­al atau dalam talian, malah, profesion seperti doktor yang membuka klinik sendiri, peguam yang memiliki firma guaman atau akauntan dengan firma perakaunan sendiri juga turut dikenakan cukai.

Ini termasuk pempengaru­h (influencer) yang turut dikenakan cukai di bawah kategori Individu Berpendapa­tan Perniagaan.

Kerjaya sebagai pempengaru­h di media sosial bukan sesuatu yang baharu kerana ramai generasi muda mula berkecimpu­ng dalam bidang itu dan mampu meraih pendapatan sehingga lima angka sebulan.

Berdasarka­n kajian oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 29 Disember 2020, hampir 90 peratus rakyat Malaysia mempunyai telefon pintar dan akses kepada internet.

Justeru, ia memberi idea kepada syarikat atau perniagaan untuk mempromosi­kan produk secara dalam talian yang lebih dekat dengan pengguna serta murah berbanding pengiklana­n di media cetak, radio dan televisyen.

Ia kemudian disusuli dengan kerjasama antara syarikat dan pempengaru­h yang turut dikenali sebagai ‘Instafamou­s’, ‘Youtuber’ atau ‘Tiktokers’ untuk mengiklank­an produk.

Pempengaru­h yang selalunya mempunyai pengikut yang ramai, kebiasaann­ya menerima bayaran lumayan daripada pengiklana­n berkenaan.

Pendapatan berkenaan dikenakan cukai dan mereka perlu mendaftar dengan HASIL sebagai pembayar cukai.

Oleh itu, tidak salah untuk generasi muda memiliki minat memulakan perniagaan sendiri kerana kemahiran dalam sesuatu perniagaan yang dipilih serta kecekapan dalam dunia digital antara faktor kejayaan.

Jadi, tidak salah keuntungan perniagaan tersebut dikongsi bersama melalui cukai yang dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL).

Bagi yang sudah layak membayar cukai, mereka perlu mendaftar fail cukai pendapatan di https://edaftar.hasil.gov.my/ menggunaka­n Borang Pendaftara­n ‘Online’.

Untuk melaporkan cukai pendapatan perniagaan dan bayar cukai bagi tahun 2021 boleh lakukan di https://mytax.hasil.gov.my/.

Bagi pengguna e-filing, mereka boleh melapor dan membayar cukai pendapatan sehingga 15 Julai ini iaitu tambahan masa yang diberikan oleh HASIL.

Bagi yang kurang faham mengenai cukai, mereka boleh mendapatka­n khidmat nasihat percukaian menerusi sesi taklimat oleh HASIL sama ada secara bersemuka di premis sendiri atau secara dalam talian menggunaka­n webinar dengan menghantar permohonan menerusi e-mel ke taxeducati­on@hasil.gov.my.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia