Berita Harian

JPNK buka kertas siasatan

- Oleh Hidayatida­yu Razali bhnews@bh.com.my

Ceroboh balak Hutan Simpan Kekal Nenggiri

Tindakan selepas sehari kejadian tular di media sosial

Kota Bharu: Jabatan Perhutanan Kelantan membuka kertas siasatan penceroboh­an balak yang didakwa berlaku di kompartmen 25 Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.

Pengarahny­a, Abdul Khalim Abu Samah, berkata kertas siasatan dibuka selepas sehari kejadian tular di media sosial dan pihaknya belum mendapat laporan lengkap berhubung dakwaan itu.

“Perkara ini dalam proses siasatan dan saya tidak boleh komen lebih-lebih, sebab ia akan mengganggu proses siasatan.

“Bukan saya mahu menyembuny­ikan, tetapi biarlah kita beri peluang kepada pegawai penyiasat untuk menjalanka­n siasatan. Baru kita akan tahu kesalahan yang didakwa,” katanya selepas Majlis Pembukaan Seminar Ekspedisi Saintifik Pergununga­n Lojing Negeri Kelantan 2022 semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelanconga­n negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam

Ab Rahman.

Mengulas lanjut, Abdul Khalim berkata, ada dua lesen membalak di kawasan itu dan kedua-duanya sudah dikeluarka­n waran memberhent­i kerja, manakala balak disita.

Jabatan Perhutanan Kelantan juga menolak permohonan pihak tertentu mendapat permit memasuk ke kawasan HSK bagi mengelak gangguan kepada barang kes.

Media sebelum ini melaporkan, polis mengesahka­n menerima laporan berhubung kes penceroboh­an balak yang didakwa berlaku di HSK Nenggiri, Gua Musang dan laporan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Sik Choon Foo.

 ?? (Foto Hidayatida­yu Razali/bh) ?? Abdul Khalim dan Md Anizam bersama peserta pada Majlis Pembukaan Seminar Ekspedisi Saintifik Pergununga­n Lojing Negeri Kelantan 2022, di Kota Bharu, semalam.
(Foto Hidayatida­yu Razali/bh) Abdul Khalim dan Md Anizam bersama peserta pada Majlis Pembukaan Seminar Ekspedisi Saintifik Pergununga­n Lojing Negeri Kelantan 2022, di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia