Berita Harian

Kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing punca limpahan Sungai Berook

-

Kota Bharu: Pembukaan kebun sayur-sayuran di Tanah Tinggi Lojing dikenal pasti menjadi punca limpahan Sungai Berook dan arus deras berhampira­n Lojing, Gua Musang, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Abdul Khalim Abu Samah, berkata limpahan yang berlaku bukan disebabkan aktiviti pembalakan.

Katanya, limpahan sungai turut berlaku di luar Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri tetapi dalam kawasan tanah kerajaan.

“Sungai melimpah dari kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing dan bukan pembalakan kerana tiada pembalakan di kawasan itu sejak 2008.

“Saya menerima laporan daripada pegawai di Gua Musang dan ia berlaku di luar kawasan HSK. Limpahan air berlaku sebab kebun sayur dan itu di luar kawalan kita.

“Pada 17 Jun lalu, pegawai saya melihat keadaan selepas tular video di media sosial dan laporan akan dihantar kepada Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) dalam masa terdekat,” katanya selepas majlis perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Pergununga­n Lojing Kelantan 2022 di sini, semalam.

Rakaman satu minit 50 saat tular pada 16 Jun lalu antara lain memaparkan limpahan Sungai Berook dekat Lojing yang keruh.

Dalam perkembang­an lain, kerajaan negeri akan mewartakan kawasan pergununga­n Tanah Tinggi Lojing sebagai pusat ekopelanco­ngan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelanconga­n negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, berkata kawasan berkenaan mempunyai pelbagai produk pelanconga­n termasuk bunga Rafflesia dan produk pertanian.

“Kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) untuk menjadikan destinasi itu sebagai ekopelanco­ngan dan pelanconga­n pergununga­n.

“Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan Mountain State Park di kawasan Lojing memandangk­an lokasi itu mempunyai HSK di barat bersempada­n Pahang dan Perak di sebelah timur.

“Kita belum tentukan kos kerana banyak proses perlu diteliti termasuk kerja penilaian kesesuaian kawasan, pemantauan risiko, implikasi pengurusan dan sebagainya.

“Langkah ini juga dapat mengekalka­n HSK di lokasi berkenaan, sekali gus menambah kemampanan hutan yang ada,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia