Berita Harian

4 cedera alat memasak ‘steamboat’ meletup

-

Kota Kinabalu: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan pengalaman mencemaska­n ketika menjamu selera di sebuah restoran di Alam Mesra di sini apabila dapur gas mudah alih bagi memasak ‘steamboat’ tiba-tiba meletup, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, kedua-dua kanak-kanak terbabit dilaporkan terpaksa dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatka­n rawatan segera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.06 malam.

Sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa wanita dilaporkan cedera di bahagian tangan manakala mangsa lelaki pula melecur di tangan dan luka di kaki.

“Kedua-dua mangsa terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunaka­n ambulans,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Pasukan operasi kemudianny­a melakukan pemeriksaa­n lanjut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.40 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia