Berita Harian

Pegawai, anggota polis antara dituduh seludup 119 PATI

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan bhnews@bh.com.my

Lima individu didakwa laku kesalahan di perairan Kuala Kedah

Alor Setar: Lima individu termasuk seorang pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyeludup 119 migran Myanmar di perairan Kuala Kedah, bulan lalu.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan dibuat sejurus pertuduhan ke atas Mohamad Faizal Ahmad Zaki, 37; Mohd Razin Razali, 32; Anas Hafizin Ahmad, 37; Muhamad Aslam Osman, 29, dan Ibrahim Dahamid, 38, dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Faizal dan Mohd Razin yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa secara bersama melakukan penyeludup­an 119 migran pada jarak kedudukan 1.9 batu nautika dari daratan Kuala Kedah pada jam 9.30 malam, 24 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26B(d) Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007 (Akta 670) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan.

Dalam pertuduhan dibacakan berasingan, Anas Hafizin, Muhamad Aslam dan Ibrahim pula didakwa secara bersama melakukan penyeludup­an 119 migran Myanmar pada jarak kedudukan 1.9 batu nautika dari daratan Kuala Kedah pada jam 9.30 malam, 24 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007 (Akta 670) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Zahruddin Mohammed Isa, Nor Syaliati Mohd Sobri dan Nur Syifa Mohd

Hamzah, manakala Ravi Shankar Gandhi mewakili Mohd Razin, sementara tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Zahruddin kemudian memohon mahkamah tidak membenarka­n semua tertuduh diikat jamin sebelum Noor Zaihan membenarka­n per mohonan itu dan menetapkan 4 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula.

Terdahulu, Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dalam satu kenyataann­ya semalam berkata, kesemua suspek itu ditahan berasingan dalam dua siri tangkapan yang dilakukan pihaknya.

Katanya, sebuah bot nelayan ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Kuala Kedah pada 24 Mei lalu dan menahan empat warga tempatan disyaki tekong bersama 119 warga Myanmar.

“Susulan kejadian itu, empat lagi warga tempatan berjaya dikesan dan ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludup­an migran terbabit.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n tangkapan adalah seramai lapan orang iaitu dua daripadany­a adalah anggota polis yang bertugas di IPK Kedah,” katanya.

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Lima individu termasuk seorang pegawai dan anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeludup 119 PATI Myanmar pada 24 Mei lalu.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Lima individu termasuk seorang pegawai dan anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeludup 119 PATI Myanmar pada 24 Mei lalu.
 ?? ?? Mangsa yang mengalami kecederaan diberikan rawatan oleh pasukan operasi Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan EMRS di Kota Kinabalu.
Mangsa yang mengalami kecederaan diberikan rawatan oleh pasukan operasi Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan EMRS di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia