Berita Harian

Polis tembak mati penjenayah kes samun

-

Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang disyaki mendalangi kejadian samun membabitka­n kerugian lebih RM600,000 tahun lalu, mati ditembak dalam serbuan di sebuah unit kondominiu­m di Taman Salak Selatan di sini, Sabtu lalu

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata serbuan dilakukan dalam satu operasi khas oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 malam.

“Ketika serbuan dijalankan, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis dan bagi melindungi nyawa pegawai dan anggota, pihak polis melepaskan tembakan balas.

“Selepas keadaan reda, polis menemui suspek, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dalam bilik utama kediaman itu dan pasukan perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengesahka­n suspek sudah meninggal dunia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Azmi berkata, pemeriksaa­n lanjut di tempat serbuan menemui sepucuk pistol separa automatik jenis CZ 75 Compact berwarna hitam yang digunakan suspek mengandung­i lima butir peluru di kelopak dan sebutir peluru pada silinder peluru serta sebutir bom tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia