Berita Harian

Jana pendapatan RM30,000 jual belut

- Oleh Nazdy Harun bhnews@bh.com.my

Keputusan pemandu lori berhenti kerja buah hasil lumayan

Marang: Keputusan seorang pemandu lori berhenti kerja untuk menjadi pembekal belut membuahkan hasil lumayan apabila perniagaan­nya mampu menjana pendapatan antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan.

Muhamad Zulkifli Yusof, 28, dari Binjai Bongkok di sini, berkata pemerhatia­nnya mendapati permintaan belut amat tinggi dan membuahkan hasil lumayan, bergantung kepada bekalan diperoleh.

Beliau memperoleh bekalan dari Melaka, Kelantan, sempadan Malaysia-thailand di Sungai Golok, Perak dan kawasan lain.

“Saya mula membekalka­n belut kepada peniaga kedai makan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu dan apabila melihat permintaan tinggi, saya mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pemandu lori.

“Belut spesies pasir, sawah dan paya dijual pada harga RM28 sekilogram manakala belut albino dijual kepada kedai haiwan peliharaan di Kuala Lumpur RM100 seekor,” katanya di sini, semalam.

Dikenali dengan pangilan Yo Belut dalam kalangan peniaga,

Muhamad dibantu isterinya, Izzati Yusof, 29, menghantar bekalan kepada pelanggan di sekitar Kuala Terengganu bagi memenuhi permintaan.

Beliau memerlukan lebih 1.3 tan bekalan sebulan, namun jumlah itu tidak mencukupi untuk dipasarkan ke seluruh Terengganu.

“Biasanya saya membuat penggilira­n bagi memastikan semua pelanggan mendapat bekalan dalam tempoh sebulan.

“Belut tidak seperti ikan air tawar, ia tahan lasak dan mudah diuruskan selain stok tidak perlu disimpan lama kerana semuanya ditempah.

“Sepanjang dua tahun berkecimpu­ng dalam bidang ini, hanya 15 hingga 20 ekor belut albino ditemui dan semuanya saya jual kepada kenalan di Kuala Lumpur,” katanya.

 ?? (Foto Nazdy Harun/bh) ?? Muhamad Zulkifli menunjukka­n belut yang diperoleh daripada pembekal sebelum dipasarkan.
(Foto Nazdy Harun/bh) Muhamad Zulkifli menunjukka­n belut yang diperoleh daripada pembekal sebelum dipasarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia