Berita Harian

Lebih 2,000 peluang kerjaya untuk bantu wanita

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah dan Ercy Gracella Ajos bhnews@bh.com.my

HWC tawar latihan, pekerjaan kepada golongan ibu tunggal

Kuala Lumpur: Lebih 2,000 peluang pekerjaan disediakan Pusat Kerjaya Hospitalit­i Wanita yang diterajui Humanity Workplace Centre (HWC) dalam usaha membantu ketua isi rumah wanita terutama daripada golongan ibu tunggal yang memiliki tanggungan ramai meningkatk­an taraf hidup mereka.

Pusat Kerjaya Hospitali Wanita itu adalah kerjasama strategik antara Asia e University dan DHS Hospitalit­i Akademi, bersama HWC yang bukan sahaja menawarkan latihan dalam bidang hospitalit­i dan makanan, malah, turut memberikan sijil kemahiran serta peluang pekerjaan sebaik saja tamat latihan.

Pengasas HWC, Bibi Sunita Sakandar Khan, berkata pusat itu dilancarka­n pada awal bulan ini dan membuka peluang kepada semua wanita di seluruh negara.

Katanya, HWC adalah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membabitka­n antaranya Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) dan Kelab Anak Muda Inovasi (MUDA) yang berperanan mencari peserta wanita dari setiap pelusuk negara.

“Nama peserta yang berdaftar dan dikenal pasti berminat untuk menceburi bidang hospitalit­i serta makanan akan diserahkan kepada DHS Hospitalit­i Akademi.

“DHS kemudian berperanan mencari industri yang akan menyediaka­n latihan kepada peserta selama 12 bulan berserta elaun bulanan, tempat tinggal, makanan, insurans dan juga pakaian seragam,” katanya kepada BH.

Majlis menandatan­gani perjanjian (MOU) berkaitan kerjasama mewujudkan Pusat Kerjaya Hospitalit­i Wanita diadakan, baru-baru ini dihadiri Pengarah Kumpulan DHS Hospitalit­y Academy Sdn Bhd, Dr S Sri Kumar dan Pengasas Asia e University, Prof Datuk Dr Ansary Ahmed.

Bibi Sunita berkata, sebaik sahaja peserta menamatkan latihan selama 12 bulan, mereka akan diberikan sijil kemahiran dari Asia e University dan diserap masuk ke dalam industri.

Menerusi inisiatif itu, peserta diberikan peluang pekerjaan dan mempunyai asas kemahiran serta sijil yang membolehka­n mereka mencari peluang pekerjaan lebih baik.

“Sasaran kami bukan hanya wanita generasi muda lepasan sekolah, malah mereka yang berusia sehingga 65 tahun juga turut digalakkan menyertai program ini.

“Hasil analisis mendapati ramai golongan wanita hilang punca pendapatan atau sumber mata pencarian, terutama selepas dilanda pandemik COVID-19. Keadaan ini menjadikan mereka susah untuk meneruskan kehidupan sehingga ada yang terpaksa menjadi gelandanga­n,” katanya.

Tambahnya, pihak HWC turut mengalu-alukan pembabitan NGO lain ke dalam program itu.

Katanya, beliau mensasarka­n 50 NGO untuk bergabung dengan WHC dan mempunyai wakil di setiap negeri.

Menjawab soalan berhubung keperluan menjalani latihan industri selama 12 bulan sebelum diserap masuk, Bibi Sunita, berkata ia bertujuan memberikan mereka pengetahua­n mengenai bidang yang akan diceburi.

Katanya, kurang sambutan terhadap pekerja tempatan kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dan memahami skop tugas yang diberikan.

“Berbanding pekerja asing yang sudah diberikan latihan, kebanyakan warga tempatan tidak mempunyai asas yang kukuh.

“Oleh itu, Pusat Kerjaya Hospitalit­i Wanita membantu menyelesai­kan masalah itu,” katanya.

Antara syarikat yang akan bekerjasam­a antaranya ialah Old Town White Coffee, The Chicken Rice Shop, Ippudo Japanese Cuisine dan Simple Life Vegetarian Restaurant Shiok Kopitiam.

 ?? ?? Dr S Kumar (kiri), Dr Ansary dan Bibi Sunita ketika MOU berkaitan kerjasama Pusat Kerjaya Hospitalit­i Wanita, baru-baru ini.
Dr S Kumar (kiri), Dr Ansary dan Bibi Sunita ketika MOU berkaitan kerjasama Pusat Kerjaya Hospitalit­i Wanita, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia