Berita Harian

17 usahawan Sabah, Sarawak pamer hasil kreativiti

-

Kuala Lumpur: Seramai 17 usahawan dalam bidang kraftangan dari Sabah dan Sarawak mempamerka­n pelbagai hasil kreativiti mencermink­an budaya dan warisan yang diinspiras­ikan daripada keindahan alam di Kepulauan Borneo.

Inisiatif diambil oleh The Artisans Haven, iaitu sebuah platform e-dagang tempatan mengumpulk­an usahawan itu di bawah satu bumbung akan berkampung selama sebulan di The Intermark Mall Kuala Lumpur, di sini, bermula 16 Jun lalu, dilihat mampu menarik perhatian pengunjung.

Malah, pameran turut memberi memberi peluang pengunjung melihat pelbagai keunikan mengenai alam semula jadi menerusi kraf tangan dihasilkan usahawan terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas bersama The Artisans Haven, Jade Lee, berkata Borneo mempunyai kepelbagai­an flora dan fauna dan ia menjadi inspirasi kepada ramai artisan untuk berkongsi produk mereka yang berasal dan diilhamkan pulau ini.

“Banyak permata yang tersembuny­i dan kami berbangga untuk berkongsi keunikan Borneo dengan penduduk tempatan.

“Sebagai pulau ketiga terbesar dunia dan terbesar di Asia, Borneo bukan sahaja terkenal dengan pantai dan kepelbagai­an hutan hujan purba tetapi juga habitat kepada hidupan liar termasuk orang utan dan harimau dahan,” katanya.

“Pengalaman saya sebagai kakitangan sebuah syarikat perbankan, mengajar saya mengenai kepentinga­n dan kuasa pemasaran dan pengedaran yang efektif sesuatu produk.

"Banyak perniagaan berpotensi tinggi tidak dapat berkembang kerana mereka tidak dapat meningkatk­an pemasaran produk mereka.

Jade berkata, matlamat kolektif pihaknya adalah untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkatk­an keupayaan pengedaran produk mereka supaya mereka menjadi lebih mapan.

“Hanya dengan perusahaan yang mapan, mereka dapat meningkatk­an pendapatan isi rumah dan menyumbang kepada komuniti dan negara, selaras dengan Dasar Keusahawan­an Nasional 2030,” katanya.

Melalui pasaran maya yang mempamerka­n pemandanga­n artisan tempatan dan kraf tangan asli, The Artisans Haven menyokong mereka dengan melengkapk­an sumber dan kebolehan digital mencukupi, keupayaan rangkaian lebih besar dan pendedahan untuk membolehka­n perniagaan berkembang maju dan kekal berdaya saing.

 ?? ?? Antara usahawan kraf tangan dari Sabah dan Sarawak yang menyertai pameran pelbagai produk seni kraf tangan di The Intermark Mall.
Antara usahawan kraf tangan dari Sabah dan Sarawak yang menyertai pameran pelbagai produk seni kraf tangan di The Intermark Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia