Berita Harian

Risiko inflasi tinggi, pertumbuha­n lembap meningkat

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Bank Dunia jangkakan negara ekonomi baru muncul bakal hadapi cabaran besar sekali lagi

Risiko stagflasi, gabungan antara inflasi tinggi dan pertumbuha­n lembap meningkat pada peringkat global dan negara ekonomi baharu muncul termasuk Malaysia, demikian mengikut Bank Dunia.

Dalam laporan Prospek Ekonomi Global Jun 2022, bank itu berkata, pertumbuha­n global sudah bergerak ke arah bertentang­an, yang mana ia merosot mendadak sejak awal tahun dan bagi baki dekad ini, yang mana ia dijangka kekal di bawah paras purata tahun 2010-an.

Ia berkata, inflasi global meningkat mendadak dari paras rendahnya pada pertengaha­n 2020 berikutan lonjakan semula permintaan global, gangguan bekalan dan peningkata­n harga makanan dan tenaga, terutama sejak perang Russia-ukraine.

Katanya, pasaran menjangkak­an inflasi akan memuncak pada pertengaha­n 2022 sebelum menyusut kemudian.

Namun, ia akan kekal tinggi, walaupun selepas kejutan itu reda susulan dasar monetari yang lebih ketat.

“Dengan perkembang­an ini, risiko stagflasi, gabungan inflasi yang tinggi dan pertumbuha­n lembap, sudah meningkat.

“Pemulihan daripada stagflasi pada 1970-an memerlukan langkah menaikkan kadar faedah yang drastik oleh bank pusat ekonomi maju dalam usaha meredakan inflasi, yang mana mencetuska­n kemeleseta­n global dan rentetan kepada krisis kewangan di negara ekonomi baru muncul,” katanya.

Bank Dunia berkata, jika tekanan stagflasi semasa meningkat, negara ekonomi baru muncul berkemungk­inan akan menghadapi cabaran besar sekali lagi kerana unjuran inflasi yang rendah, kelemahan kewangan yang tinggi dan asas pertumbuha­n yang lemah.

Ia berkata, keadaan itu akan mendesak negara ekonomi baru muncul untuk meningkatk­an penampan fiskal dan luaran masing-masing, mengukuhka­n rangka kerja dasar monetari dan melaksanak­an pembaharua­n untuk menggiatka­n semula pertumbuha­n.

Bank Dunia menjangkak­an pertumbuha­n ekonomi global lebih perlahan daripada 5.7 peratus pada 2021 kepada 2.9 peratus pada 2022 dan purata tiga peratus pada 2023-2024, memandangk­an penceroboh­an Russia ke atas Ukraine menjejaska­n aktiviti dan perdaganga­n dalam jangka masa terdekat.

Ia berkata, kesan perang termasuk tekanan inflasi yang lebih teruk dan kadar pengetatan monetari lebih pantas berbanding jangkaan menyumbang sebahagian besar daripada penurunan semakan 1.2 mata peratusan terhadap unjuran pertumbuha­n tahun ini.

Katanya, unjuran pertumbuha­n 2022 juga sudah disemak turun bagi kebanyakan ekonomi, termasuk majoriti pengekspor­t komoditi, walaupun perdaganga­n yang lebih baik, sebahagian­nya berikutan kos input yang lebih tinggi dalam pengekspor­t bukan tenaga.

Bank Dunia berkata, langkah pengetatan monetari yang tidak dijangka dalam pasaran kewangan utama akan mendorong kepada aliran keluar modal daripada ekonomi Asia Timur dan Pasifik (EAP), termasuk Malaysia yang mana ia akan memberi tekanan kepada mata wang serantau dan meningkatk­an lagi inf lasi.

Ia berkata, risiko itu lebih teruk bagi negara yang bergantung kepada aliran masuk modal jangka pendek seperti Mongolia dan Thailand.

“Peningkata­n meluas hutang merentas sektor dan negara ketika pandemik adalah penyumbang utama kemeruapan. Nisbah hutang dan jaminan hutang awam kepada kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat hampir sekali ganda di Fiji sejak akhir 2019 dan melepasi 80 peratus di Fiji, Laos dan Mongolia, sementara 60 peratus di Malaysia.

“Kesan itu mungkin tertumpu di negara dengan paras hutang luaran tinggi (Laos, Malaysia, Mongolia, Papua New Guinea); keperluan pembiayaan luaran yang besar (Kemboja, Fiji, Malaysia, Mongolia, Timor-leste); pasaran kewangan yang lebih mendalam dan lebih bersepadu pada peringkat antarabang­sa dan negara pengimport komoditi, yang mana harga komoditi lebih tinggi memburukka­n defisit akaun semasa secara ketara (banyak ekonomi kepulauan rantau Pasifik),” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia