Berita Harian

Inflasi tak jejas isi rumah terus berbelanja besar

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Langkah sokong jualan runcit untuk terus kekal kukuh

Berbeza dengan kelaziman yang mana pengguna akan mengurangk­an perbelanja­an dalam situasi kenaikan harga barang, namun isi rumah di negara ini dijangka terus berbelanja besar meskipun berdepan inflasi.

Langkah itu sekali gus akan menyokong jualan runcit untuk terus kekal kukuh menuju ke hadapan, demikian kata penganalis­is.

BIMB Securities Research dalam nota penyelidik­annya berkata, buat masa ini, pihaknya yakin jualan runcit akan kekal kukuh memandangk­an pengguna dijangka terus berbelanja dengan pembukaan semula ekonomi, walaupun keutamaan perbelanja­an mungkin bertukar di tengah-tengah jangkaan inflasi tinggi.

Ia berkata, kemajuan dalam pasaran pekerjaan serta pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial akan menjadi pendorong kepada peningkata­n jualan runcit dalam bulan mendatang.

“Peruncit domestik dijangka mendapat sedikit sokongan daripada pembukaan sempadan yang berterusan, melengkapi pemulihan dalam aktiviti domestik,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Jualan perdaganga­n borong dan runcit Malaysia mencatatka­n peningkata­n 15.2 peratus tahun ke tahun pada April atau kepada RM128 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah. Peratusan itu juga lebih tinggi berbanding catatan bulan Mac iaitu 9.8 peratus.

Lonjakan itu juga adalah kenaikan bulanan ketujuh secara berturut-turut dan pertumbuha­n dari segi peratusan tertinggi sejak Jun 2021.

Pengembang­an ini disebabkan jualan runcit yang meningkat sebanyak 20.9 peratus, manakala perdaganga­n borong dan jualan kenderaan bermotor juga meningkat masing-masing sebanyak 11.5 peratus dan 11.3 peratus.

BIMB Securities Research berkata, pertumbuha­n perdaganga­n pengedaran dan jualan runcit yang teguh pada April tahun ini adalah permulaan yang kukuh untuk suku kedua dan terus menandakan persekitar­an runcit domestik bertambah baik seiring dengan pasaran buruh yang lebih ketat dan yang lebih penting, kembalinya permintaan pelancong.

“Kami kekal dengan pandangan bahawa jualan runcit domestik akan terus kekal disokong kukuh pada 2022, sejajar dengan prospek ekonomi yang positif, trend pembukaan semula dan pasaran buruh yang ketat walaupun ia mungkin dilembapka­n oleh ketegangan geopolitik dan juga tekanan ke atas harga komoditi.

“Kami juga mengekalka­n pandangan bahawa potensi peruntukka­n belian awal pengguna tahun ini boleh menyokong jualan runcit menjelang kemungkina­n pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST),” katanya.

Namun, BIMB Securities Research menjangkak­an harga runcit akan meningkat tahun ini berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi, yang mana keadaan itu menjejaska­n pendapatan boleh guna isi rumah, sekali gus mengurangk­an perbelanja­an mereka dalam barangan lain.

Ia berkata, pengguna kini lebih berhati-hati untuk berbelanja berikutan tekanan terhadap kewangan mereka.

“Kami menjangkak­an peralihan ketara kepada jenama ‘label sendiri’ (produk lebih murah) , mengulangi apa yang kami lihat dalam krisis kewangan 2008-2009.

“Kami juga menjangkak­an peningkata­n tumpuan pada pilihan ‘nilai untuk wang’ memandangk­an pengguna yang mementingk­an kemampanan melihat kepada pembelian yang mampu bertahan,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Jualan runcit akan kekal kukuh memandangk­an pengguna dijangka terus berbelanja dengan pembukaan semula ekonomi.
(Foto hiasan) Jualan runcit akan kekal kukuh memandangk­an pengguna dijangka terus berbelanja dengan pembukaan semula ekonomi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia