Berita Harian

PCG bakal hasil Maleic Anhydride pada 2025

-

Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) kini sedang menjalanka­n penilaian terperinci ke atas Maleic Anhydride (MAN) yang dijangka siap pada suku pertama 2023, manakala tertakluk kepada kelulusan akhir, loji MAN itu disasarkan siap pada separuh pertama 2025.

Pengeluar bahan kimia bersepadu terkemuka itu dalam satu kenyataan berkata, baru-baru ini ia menandatan­gani perjanjian dengan syarikat usaha samanya (JV), BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd (BPC), untuk mengambil alih loji 113 kilo tan setahun (ktpa) Maleic Anhydride yang terletak di Gebeng, Kuantan.

Loji MAN ditutup BPC sebelum ini berikutan langkah penjajaran semula portfolio produk yang membawa kepada penutupan kekal loji Butanediol (BDO) dan derivatifn­ya.

Dengan pengambila­lihan itu, PCG akan menggunaka­n semula loji terbabit dengan memperbaha­rui dan menaik taraf kemudahan berkenaan untuk menghasilk­an MAN yang berkualiti tinggi agar lebih sesuai untuk industri makanan dan farmaseuti­kal.

“Kemudahan bersepadu kami sekarang akan memastikan bekalan bahan mentah (feedstock) yang kompetitif dan terjamin ke loji.

“Kedekatan loji dan pasaran sasaran kami di benua kecil Asia Pasifik dan India membolehka­n kami menawarkan harga yang kompetitif kepada pelanggan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mohd Yusri Mohamed Yusof.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia