Berita Harian

Eksport dijangka meningkat 26 peratus tahun ini

-

Ambank Research membuat semakan semula dengan meningkatk­an unjuran pertumbuha­n eksport negara kepada 26.0 peratus bagi 2022, lebih tinggi berbanding unjuran dibuat sebelum ini, iaitu 8.0 peratus.

Malah, cabang penyelidik­an Ambank Group itu juga menaikkan unjuran import kepada sebanyak 25.0 peratus tahun ini berbanding unjuran sebelum ini sebanyak 10 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan dan Ketua Penyelidik Ambank Research, Dr Anthony Dass, berkata semakan semula yang meningkat itu dibuat berikutan purata harga jualan lebih tinggi dilihat mengatasi sebarang kekurangan dalam volum yang terkesan oleh gangguan bekalan dan kekurangan tenaga kerja.

Beliau berkata, Malaysia terus mendapat manfaat daripada prestasi semikonduk­tor global yang utuh, terutama daripada purata harga jualan memandangk­an jumlah eksport berdepan ketidakten­tuan daripada gangguan rantaian bekalan dan kekurangan tenaga kerja.

“Bidang eksport lain yang dilihat mendapat manfaat daripada harga lebih kukuh berbanding pertumbuha­n volum ialah produk petroleum (pertumbuha­n 81.2 peratus atau RM5.6 bilion) dan produk berasas minyak sawit dikilangka­n (pertumbuha­n 74.7 peratus atau RM1.6 bilion),” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Dass berkata, pertumbuha­n kukuh daripada input perantaraa­n, komponen dan material import untuk membuat produk untuk kegunaan dalam negara dan luar negara boleh dilihat secara positif.

Beliau berkata, ia dilihat mendapat manfaat daripada kuasa yang semakin meningkat dalam perdaganga­n dunia dan globalisas­i pengeluara­n serta penggunaan yang lebih banyak input import untuk eksport.

Katanya, komponen import lain seperti penggunaan naik 19.3 peratus pada Mei, menjadikan purata lima bulan kepada 20.4 peratus, manakala import modal susut sedikit sebanyak 0.8 peratus, menjadikan purata lima bulan kepada 10.2 peratus.

Jelasnya, pertumbuha­n nilai

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan dan Ketua Penyelidik Ambank Research import negara juga didorong, terutama oleh nilai yang lebih tinggi daripada pembelian dari negara termasuk China, Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

“Dengan import yang kukuh, ini sudah tentu akan meningkatk­an aktiviti ekonomi domestik dan eksport. Ini dicerminka­n oleh import kita sudah melepasi paras RM100 bilion pada April dengan bacaan Mei berjumlah

RM107.9 bilion.

“Import utama kita adalah produk elektrik dan elektronik (48.0 peratus), bahan kimia (20.8 peratus), produk petroleum (75.6 peratus) dan mesin, perkakas dan komponen (11.4 peratus) berdasarka­n perubahan tahun ke tahun,” katanya.

Mengenai unjuran pertumbuha­n ekonomi, Dass berkata, pihaknya masih kekal dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun penuh 2022 pada 5.6 peratus.

Beliau berkata pertumbuha­n akan disokong oleh pembukaan semula ekonomi dan pengurusan vaksin lebih baik, yang akan meningkatk­an penggunaan swasta dan keadaan perniagaan serta diperkukuh­kan lagi oleh harga komoditi yang kukuh, peningkata­n kukuh eksport dan pembuatan terutama dalam subsektor elektrik dan elektronik (E&E).

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia