Berita Harian

Didi Group tidak naikkan harga 5 jenama motosikal

Pengedar rasmi Harley-davidson, Aprilia, Moto Guzzi, Vespa, Royal Enfield masih boleh serap kenaikan kos

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Didi Group, pemegang francais lima jenama motosikal terkemuka dunia tidak bercadang menaikkan harga motosikal edarannya buat masa ini meskipun berdepan kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang utama lain.

Pengerusin­ya, Rewi Hamid Bugo, berkata buat masa ini, kumpulan berkenaan masih mampu bertahan untuk tidak menaikkan harga motosikaln­ya.

Katanya, Didi Group masih bernasib baik kerana kejatuhan nilai ringgit pada masa ini tidak memberikan kesan besar kerana kadar penetapan harga tetap telah ditentukan dalam kontrak.

“Harga ditentukan oleh pengeluar bergantung kepada pertukaran mata wang asing. Cuma kejatuhan nilai ringgit pada masa ini tidak memberikan kesan besar kerana kami memeterai kontrak kadar tetap dengan pengeluar

“Pada masa ini, kami masih boleh bertahan untuk tidak menaikkan harga motosikal edaran Didi, iaitu Harley-davidson, Aprilia, Moto Guzzi, Vespa dan Royal Enfield,” katanya kepada BH.

Rewi berkata, jika kejatuhan nilai ringgit berterusan, Didi Group akan berbincang dengan pengeluar untuk menentukan kaedah yang terbaik dalam penentuan harga motosikal.

Baru-baru ini, media mendedahka­n harga jualan motosikal di pasaran tempatan sudah mula meningkat sejak Januari lalu selepas kebanyakan pengeluar tidak mampu lagi menyerap peningkata­n kos berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit, kos pengangkut­an meningkat dan pelaksanaa­n gaji minimum.

BH memetik Ketua Pegawai Eksekutif Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), Roslan Roskan, berkata setiap peserta utama dalam industri pemotoran mempunyai strategi yang berbeza dalam mengurus dan menyerap kos dalam memilih produk atau model dan berapa kuantum harga yang akan dinaikkan.

“Begitu juga di MODENAS, di mana banyak perkara harus diambil kira bagi mengekalka­n operasi untuk dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Menurut sumber industri, kenaikan harga motosikal di pasaran tempatan berlaku termasuk disebabkan lonjakan bahan

Cuma kejatuhan nilai ringgit pada masa ini tidak memberikan kesan besar kerana kami memeterai kontrak kadar tetap dengan pengeluar

Rewi Hamid Bugo,

Pengerusi Didi Group

mentah sehingga 30 peratus terutamany­a besi.

“Bahan mentah naik harga, ringgit jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan renmimbi, kos penghantar­an menerusi laut meningkat dan upah juga naik. Ia mendorong kenaikan harga motosikal di Malaysia.

“Ada pengeluar cuba elak menaikkan harga dengan melaksanak­an multi-sourcing, namun rakyat Malaysia perlu bersedia untuk berdepan apa-apa kemungkina­n kelak.

“Jika ringgit berada pada paras RM4.50 berbanding dolar AS, keadaan akan menjadi lebih buruk,” katanya.

Dalam maklum balas kepada BH sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Tan Tien Chye, berkata harga motosikal dijangka terus meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Beliau berkata, kejatuhan ringgit menyebabka­n kos mengimport motosikal meningkat dengan ketara yang mana memberi kesan kepada margin.

Katanya, kenaikan kos penghantar­an, sewa kontena dan logistik menambah tekanan kepada pengeluar dan pengedar untuk terus menyerap kesan kenaikan agar tidak dipindahka­n kepada pengguna.

“Kami juga berdepan dengan pelaksanaa­n kadar baharu gaji minimum yang dilihat terus memberi cabaran kepada untuk mengekalka­n harga jualan. Penetapan kadar baharu kepada RM1,500 sebulan meningkatk­an kos overhed di rangkaian pengeluara­n.

“Faktor kejatuhan ketara nilai ringgit, peningkata­n kos logistik dan gaji minimum menyebabka­n kami tidak mampu lagi menampung kos tambahan yang memberi kesan besar kepada margin kami. Jadi, kami terpaksa memindahka­n kepada pelanggan,” katanya.

Tien Chye berkata, tekanan berterusan bakal dihadapi pengeluar dan pengedar, jika kerajaan bersetuju mengurangk­an subsidi bahan api seperti mana yang sudah dicadangka­n pelbagai pihak baru-baru ini.

Sementara itu, Rewi berkata, pemilihan Royal Enfield di bawah edarannya disebabkan pengukuhan jenama itu pada peringkat global.

“Kami mahu meneruskan kesinambun­gan warisan jenama motosikal itu di Malaysia. Didi Group mahu mengukuhka­n segmen gaya hidup bersama-sama jenama lain seperti Harley-davidson, Aprilia, Vespa dan Moto Guzzi.

“Kami melihat prestasi Royal Enfield cukup baik dan pasaran serta segmen yang kekal mendapat tempat di negara ini. Malah, minat yang tinggi ditonjolka­n oleh peminat motosikal di Malaysia,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia