Berita Harian

SFP Tech catat premium tinggi di bursa

-

SFP Tech Holdings Bhd (SFP Tech) membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan mencatat premium 30 sen atau peningkata­n dengan harga pembukaan 60 sen berbanding harga terbitan 30 sen.

Ketika pembukaan pada jam 9 pagi, sejumlah 31,996,600 saham penyedia penyelesai­an sehenti kejurutera­an dan automasi bersepadu bertukar tangan.

Pada akhir sesi dagangan pagi, saham SFP Tech menokok kepada 66 sen dengan 2,374,628 saham bertukar tangan.

Pengarah Urusan SFP Tech, Keoh Beng Huat, berkata dengan sahamnya terlebih langganan 41.61 kali, ia menjadi bukti kukuh berhubung potensinya dalam pasaran.

“Kami akan berusaha meraih pencapaian lebih baik dan nilai kepada pemegang saham yang lebih tinggi pada tahun mendatang,” katanya.

Tawaran awal permulaan (IPO) SFP Tech membabitka­n terbitan awam sebanyak 207.44 juta saham biasa baharu pada harga terbitan 30 sen sesaham.

SFP Tech memiliki permodalan pasaran sebanyak RM240 juta berdasarka­n harga terbitan dan modal saham terbitan yang diperbesar­kan sebanyak 800 juta saham.

Menurut SFP Tech, dana diraih menerusi IPO berjumlah RM62.23 juta akan digunakan terutamany­a untuk perbelanja­an modal merangkumi pembinaan Kilang Pembuatan 3 di Taman Sains Pulau Pinang dan pembelian mesin.

Ia juga digunakan untuk mewujudkan pusat reka bentuk dan pembanguna­n (D&D) Public Investment Bank Bhd ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Ejen Penempatan Tunggal bagi pelaksanaa­n IPO SFP Tech.

Beng Huat berkata, penyenarai­an saham syarikat menandakan permulaan lembaran baharu SFP Tech ke tahap lebih tinggi.

“Kami membangunk­an pelan hala tuju yang jelas dan berharap untuk berkembang dan mencipta nilai untuk semua pemegang saham.

“Kami memulakan trajektori pertumbuha­n yang lebih mencabar bagi meraih pulangan yang lebih baik dan lebih tinggi kepada semua pemegang saham kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia